Samsung Electronics kini memperkenalkan SSD 990 EVO Plus yang menawarkan kapasiti hingga 4TB, kecekapan kuasa 73% lebih baik, serta kelajuan baca dan tulis rawak 1,050K IOPS dan 1,400K IOPS. Dengan sokongan PCIe 4.0 dan teknologi NAND terbaru, SSD ini dioptimumkan untuk pengguna yang memerlukan kelajuan pemprosesan data tinggi dan penyimpanan yang diperluas.
Menurut Gina Chua, Senior Professional, Product Management di Samsung Electronics Singapore, permintaan untuk penyimpanan berprestasi tinggi semakin meningkat dengan pertambahan kandungan digital berkualiti tinggi dan permainan generasi baharu. SSD 990 EVO Plus hadir untuk memenuhi keperluan ini dengan prestasi lebih pantas, kapasiti penyimpanan yang besar, dan kecekapan kuasa yang lebih baik.
Dibina dengan teknologi V-NAND generasi ke-8 dan pengawal 5nm, 990 EVO Plus menawarkan kelajuan baca sehingga 7,250MB/s dan tulis sehingga 6,300MB/s peningkatan prestasi sebanyak 50% berbanding model terdahulu, 990 EVO. SSD ini juga dilengkapi pelindung haba bersalut nikel untuk mengelakkan panas melampau, menambah lagi kecekapan kuasanya.
Samsung turut memperkenalkan ciri TurboWrite 2.0 yang memaksimumkan kelajuan pemindahan fail, menjadikannya sesuai untuk aplikasi intensif seperti AI dan permainan. Dengan kelajuan baca dan tulis rawak terkemuka dalam industri, SSD ini setanding prestasi SSD yang menggunakan cache DRAM.
Samsung Magician Software disediakan untuk meningkatkan fungsi SSD, termasuk pengurusan kesihatan SSD dan pengoptimuman prestasi yang disesuaikan. Pengguna juga boleh menggunakan perisian ini untuk migrasi data yang selamat ketika menaik taraf SSD.
Samsung 990 EVO Plus kini boleh didapati di Malaysia dengan harga RM519 untuk model 1TB, RM879 untuk 2TB, dan RM1,599 untuk model 4TB di Shopee, Lazada, dan kedai elektronik terpilih.
{suggest}
Sumber: Siaran media Samsung