Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rasmi, Epic Games Kini Ditawar Di Peranti Android, Ini Cara Dapatkannya

Rasmi, Epic Games Kini Ditawar Di Peranti Android, Ini Cara Dapatkannya

Diterbitkan Ogos 17, 2024 · Dikemas kini Ogos 17, 2024 oleh ariff bukhari

Stor permainan Epic Games kini rasmi ditawarkan dalam bentuk aplikasi mudah alih untuk peranti Android.

Menerusinya, anda kini boleh memuat turun judul-judul permainan popular seperti Fortnite, Fall Guys dan Rocket League Sideswipe terus ke peranti Android.

Untuk makluman, Stor Epic Games sudah boleh diakses pada peranti Android di seluruh dunia, tetapi bagi pengguna iPhone pula ia hanya ditawarkan kepada pengguna yang berada di dalam Kesatuan Eropah (EU) sahaja yang tertakluk kepada Akta Pasaran Digital (DMA).

Rasmi, Epic Games Kini Ditawar Di Peranti Android, Ini Cara Dapatkannya
Buat pertama kalinya, Fall Guys tersedia pada platform mudah alih, dan boleh dimuat turun secara percuma di Epic Games Store dengan pengalaman penuh. Anda boleh bermain di mana-mana sahaja merentas PC, konsol dan mudah alih.

Jadi, untuk mendapatkan stor Epic Games ini di peranti Android anda, sila ikuti langkah berikut:

1. Imbas kod QR dalam rajah di bawah atau buka aplikasi pelayar Chrome dari peranti dan masukkan URL epic.download.

Ia secara automatik akan membawa anda ke laman muka Epic Games untuk peranti Android dan tap pada butang Install on Android.

Get the Epic Games Store on Android
Get the Epic Games Store on Android

2. Kemudian tap sahaja butang Download anyway. Setelah selesai muat turun, tap Open dan proses pemasangan pun bermula.

Get the Epic Games Store on Android
Get the Epic Games Store on Android
Tetapi sekiranya anda dipaparkan dengan mesej kotak dialog ini, anda tap pada Settings dan aktifkan butang ‘Allow from this source’.
Get the Epic Games Store on Android
Tap butang Install untuk memulakan proses pemasangan.

3. Kini stor Epic Games sudah berjaya dipasang ke dalam peranti Android anda.

Get the Epic Games Store on Android

Buat masa ini, hanya 3 judul permainan sahaja ditawarkan dalam stor Epic Games mudah alih ini termasuklah Fortnite, Fall Guys dan Rocket League Sideswipe. 

Get the Epic Games Store on Android

Epic Games menyatakan, ini adalah sebagai permulaan, jadi anda boleh jangkakan akan lebih banyak lagi judul permainan-permainan yang menarik akan tersedia di sini tidak lama lagi.

Sumber: Epic Games

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY