Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pensteril samsung

Samsung Perkenal ITFIT UV Sterilizer, Pensteril Dengan Pengecasan Tanpa Wayar

Diterbitkan Julai 3, 2020 oleh Amalina Athman

Dalam keadaan dunia yang masih dilanda pandemik Covid-19, antara salah satu cara paling berkesan untuk mencegah jangkitan adalah dengan mengamalkan kebersihan diri dan memastikan produk yang digunakan adalah bersih.

Rentetan itu, Samsung telah melancarkan ITFIT UV Sterilizer untuk kegunaan telefon pintar, aksesori atau peralatan elektronik. Menurut Samsung, pensteril yang didatangkan dengan radiasi UV-C itu boleh membunuh sehingga 99% kuman dan bakteria.

Samsung Perkenal ITFIT UV Sterilizer, Pensteril Dengan Pengecasan Tanpa Wayar

Selain itu, pensteril ini dikatakan hanya memerlukan masa sekitar 10 minit untuk membersihkan pada bahagian hadapan dan belakang telefon pintar. Bukan hanya membunuh kuman dan bakteria, peranti ini juga mampu berfungsi sebagai pengecas tanpa wayar serta menyokong pengecasan 10W.

Samsung Perkenal ITFIT UV Sterilizer, Pensteril Dengan Pengecasan Tanpa Wayar
Samsung Perkenal ITFIT UV Sterilizer, Pensteril Dengan Pengecasan Tanpa Wayar

Pada masa ini, Samsung ITFIT UV Sterilizer hanya dijual dalam pasaran Thailand dengan harga 1,590 baht (~RM220). Dijangka pensteril ini akan tersedia di lebih banyak negara dalam masa terdekat.

Sumber: Samsung Thailand

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY