Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Menjadualkan Galaxy Unpacked Part 2 Pada 20 Oktober

Posted on Oktober 13, 2021

Minggu hadapan nampaknya tiga jenama gergasi dunia (Apple, Google) bakal mengadakan acara masing-masing kerana Samsung kini mengumumkan Galaxy Unpacked Part 2 pada 20 Oktober ini.

Semasa acara tersebut, peranti Samsung Galaxy S21 FE berkemungkinan dilancarkan secara rasmi memandangkan khabar angin mengenainya sudah lama kedengaran.

Hal ini kerana telefon tersebut sering kali dikaitkan dengan tidak akan diperkenalkan dan juga ditunda tarikh pelancarannya.

Bercakap tentang Galaxy S21 FE, ia mungkin akan hadir seperti Galaxy S20 FE seperti cip janaan Snapdragon, skrin rata, pilihan warna baharu dan harga lebih mesra poket.

Namun demikian, terdapat laporan sebelum ini mendakwa pasaran Galaxy S21 FE kali ini mungkin terhad dan tidak akan tiba di Malaysia.

Sumber: samsung

Baca juga:

  • Mungkin Ini Spesifikasi Samsung Galaxy Tab A8 2021, Dijangka Tiba Oktober Ini

  • Mungkin Benar Rekaan Galaxy S22 Ultra, Imej ‘Case’ Telefon Itu Didedahkan

  • Video Galaxy Fold3 Dan Flip3 Direndam, Dilipat Semasa Ujian Tahan Lasak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress