Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga Galaxy S20 FE

Samsung Galaxy S20 FE Dijual Secara Rasmi Di Malaysia, Berharga RM3,399

Diterbitkan Oktober 9, 2020 · Dikemas kini Oktober 9, 2020 oleh Amalina Athman

Samsung Galaxy S20 FE kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia setelah pra tempahan dibuka sejak dua minggu lalu.

Learn More – Galaxy S20 FE 5G

Mengimbas kembali spesifikasi, ia dimuatkan dengan skrin paparan 6.5 inci Super AMOLED, resolusi Full HD+, cip Snapdragon 865, RAM 8GB dan 256GB storan serta panel 120Hz.

Selain itu, peranti ini turut mempunyai sokongan pengecasan pantas 25W, bateri 4500mAh, rangkaian 5G serta penarafan IP68.

Dari segi kamera, ia dilengkapi tetapan tiga kamera yang terdiri daripada 12MP utama, 12MP sudut lebar, 8MP telefoto serta kamera swafoto dengan sensor 32MP.

Samsung Galaxy S20 FE Dilancarkan – Snapdragon 865, Panel 120Hz, Bateri 4500mAh Dan IP68

Galaxy S20 FE ditawarkan dengan 5 pilihan warna iaitu Cloud Navy, Cloud Lavender, Cloud Mint, Cloud Orange dan Cloud White. Untuk pasaran tempatan, Galaxy S20 FE diletakkan pada harga RM3,399 dan boleh dibeli bermula hari ini, 9 Oktober 2020.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
  • Malaysia, AS Berhasrat Kerjasama Sokong Pembangunan Awan AI Berdaulat - AS Sedia Tawar Dana AS$50 Juta
  • Pedang Cahaya Darth Vader Terjual Pada Harga RM21 Juta, Termahal Dalam Sejarah Memorabilia Star Wars
  • BYD Perkenal Sistem Pengecasan EV Bersepadu Pertama Di Dunia, Gabung Solar Dan Robotik
©2026 WISER.MY