Pelancaran Samsung Galaxy S21 FE Mungkin Ditunda

Baru-baru ini, laporan daripada media Korea Selatan mengatakan Samsung akan menghentikan pengeluaran Galaxy S21 FE. Oleh itu, Samsung memberi maklum balas mengenai isu ini.

Dalam kenyataan, mereka mengatakan bahawa belum ada keputusan rasmi yang dibuat berkaitan peranti andalan mampu milik itu. Sebelum ini, ia didakwa sebegitu disebabkan masalah kekurangan bekalan cip.

Baca juga - Rekaan Samsung Galaxy S21 FE Tertiris, Tampil Skrin Rata

Oleh yang demikian, berkemungkinan Galaxy S21 FE akan dilancarkan juga tetapi ditunda tarikh pengenalannya.

Seperti model FE terdahulu, Galaxy S21 FE dikhabarkan hadir dengan cip Snapdragon 888 dan beberapa spesifikasi yang sama dengan Galaxy S21. Akan tetapi, harganya lebih mampu dimiliki.

Baca juga - Samsung Mungkin Gabung Dengan Olympus Untuk Kamera

Dalam pada itu, Max Weinbach menjangka Samsung akan melancarkan beberapa peranti pada Ogos ini. Mungkin peranti yang dimaksudkan itu adalah Galaxy Flip 3, Galaxy Z Fold3 serta Galaxy Watch 4.

Sumber: Bloomberg, MaxWinebach