Samsung Lancarkan Program iOS Beta Untuk Gear S2 Dan Gear Fit 2





Samsung telah melancarkan program 'Gear iOS Beta' hari ini, dimana Samsung membawa sistem sokongan iOS untuk kedua dua jam pintar mereka iaitu Gear S2 dan Gear Fit 2 untuk pengguna di Korea. Belum ada kepastian bila ianya akan di bawa ke Malaysia.



Samsung kini sedang berusaha untuk menembusi parasan global dengan membawa sistem operasi iOS. Samsung menggunakan beta untuk menerima maklum balas dari pengguna dalam usaha untuk memperbaiki aplikasi Gear Manager untuk iOS. Sokongan beta untuk Apple adalah termasuk iPhone 5, 5S,6,6+.6S,6S+ dan SE dan haruslah mempunyai sistem iOS 8.4 ke atas.