Dimulakan dengan TV MicroLED yang terbaru, ia mempunyai reka bentuk modular dengan saiz 75 inci sehingga 292 inci. Ia juga dilengkapi dengan keupayaan upscaling yang dipasangkan bersama dengan pembelajaran mendalam. Ia bertujuan untuk memberikan pengalaman tontonan terbaik tanpa mengira resolusi sumber rakaman.
Selain itu, Samsung juga melancarkan QLED 8K TV (Q950TS) yang dilengkapi dengan 8K Processor Quantum AI serta ciri yang dinamakan Picture Adaptive. Picture Adaptive dapat membantu kandungan supaya kelihatan menarik pada paparan.
Seterusnya adalah TV "The Sero" yang memenuhi kepada kehendak pengguna milenium dan Generasi Z. Kedudukan paparan ini boleh diubah mengikut kandungan yang dirasakan bersesuaian mengikut pengguna. Sama ada menegak mahupun melintang. Sekiranya menegak, kandungan dalam telefon pintar boleh disiarkan melalui sambungan NFC.
The Sero sedia diperkenalkan di Korea Selatan terlebih dahulu sekitar Mei tahun lalu. Pada 2020, Samsung akan membawa penawaran ini kepada lebih banyak pasaran lagi.
Sebuah lagi produk yang turut membuat kemunculan pada acara CES 2020 adalah monitor permainan dikenali sebagai Odyssey. Ditawarkan dalam dua model G9 (49 inci) dan G7 (32 dan 27 inci), ia merupakan paparan QLED melengkung untuk lebih pengalaman sewaktu sesi gaming.
Odyssey didatangkan dengan sokongan NVIDIA G-SYNC® Compatibility dan juga Adaptive Sync pada DP1.4.Kedua-duanya mempunyai kadar penyegaran 240Hz serta menawarkan kandungan paparan yang lebih terang serta cukup perinciannya.
Berkaitan
- #RacunItuBenar -Betul ke Prestasi Kamera, Skrin dan Bateri untuk Samsung Galaxy A51 Padu?
- Pasang CCTV Intip Pencuri Pecah Rumah, Mijia Imilab EC2
- Samsung Mengesahkan Ciri 'Quick Share' Seperti AirDrop Dilancarkan Pada Siri Galaxy S20
- realme 5i VS Samsung Galaxy A20s : Pertembungan Kelas Permulaan
- 'Trade in' Peranti Lama Anda Untuk Beli Samsung Galaxy S20
- Aplikasi Apple TV Kini Tersedia Di Televisyen Pintar LG 2019
- Perbandingan realme Buds Air vs Samsung Galaxy Buds
- Unboxing Samsung Galaxy A51
- realme C3 vs Samsung Galaxy A10s
- Samsung Galaxy A71: Akhirnya Samsung Berjaya