Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Kongsi Video Acara Galaxy Unpacked – Mengacah Telefon Lipat

Posted on Julai 29, 2021

Beberapa hari yang lalu, Samsung mengesahkan acara Galaxy Unpacked pada 11 Ogos nanti. Menjelang pelancarannya, mereka berkongsikan video baharu bersempena acara tersebut.

Pada permulaan video, Samsung memperlihatkan beberapa peranti lama seperti Nokia, HTC, Motorola dan BlackBerry yang mempunyai rekaan papan kekunci QWERTY.

https://www.youtube.com/watch?v=YjSHXKbuHIs&t=36s

Dalam video itu lagi, mereka menyatakan kadangkala sesuatu perubahan boleh menjadikan peranti akan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Oleh itu, ia memaparkan lagi bayangan Galaxy Z Fold3 walaupun hanya sedikit.

Pengakhiran video tersebut mengingatkan kembali filem terkenal dari Christopher Nolan, iaitu Inception. Walau apa pun, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 akan diperkenalkan.

Pasti ramai ternanti-nanti apakah pembaharuan yang bakal dibawakan Samsung kali ini. Bahkan dikhabarkan, harganya sedikit murah berbanding terdahulu.

Sumber: Samsung Malaysia

Baca juga artikel berkaitan:

  • Kesemua Pingat Olimpik Tokyo 2020 Adalah Dari Peranti Elektronik Yang Dikitar Semula
  • Ini Telefon Pertama Yang Menggunakan Cip Snapdragon 888+
  • Mungkin Ini Harga Bagi Samsung Galaxy Z Fold3 Dan Galaxy Z Flip3

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress