Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 888 Plus Kini Rasmi Diumumkan

Ini Telefon Pertama Yang Menggunakan Cip Snapdragon 888+

Diterbitkan Julai 21, 2021 oleh Amsyar Latif

Qualcomm telah mengumumkan cip pemproses baharu, iaitu Snapdragon 888+ pada bulan lalu yang mana ia menawarkan peningkatan prestasi CPU sekitar 5.2% berbanding Snapdragon 888.

Kini, telefon pertama yang bakal dikuasakan cip tersebut adalah iQOO 8, sebuah telefon berkelas andalan daripada sub-jenama vivo. Malah, ia juga diacah mungkin dilancarkan pada 4 Ogos 2021.

Antara spesifikasi utama yang didedahkan DigitalChatStation, iQOO 8 akan tampil dengan memori 12GB+4GB RAM maya bersama-sama storan 256GB.

iQOO 8 KSP

Selain itu, peranti yang menjalankan OriginOS 1.0 berasaskan Android 11 ini juga dilengkapi paparan 6.62 inci FHD+ dengan kadar segar semula yang tinggi, mungkin 120Hz.

Dalam pada itu, telefon-telefon iQOO masih belum tiba secara rasmi di Malaysia. Namun, memandangkan mereka sudah ada akaun Facebook yang rasmi, mungkin peminat tempatan bakal menikmati telefon andalan sebegitu pada masa akan datang.

Sumber: playfuldroid, mydrivers

Baca juga artikel berkaitan:

  • Ada Laporan Huawei Tengah Bangunkan Pengecasan 90W
  • Xiaomi Mengesahkan Mi Mix 4 Akan Dilengkapi Kamera Bawah Paparan
  • Samsung Sahkan Acara Galaxy Unpacked Pada Ogos, Peranti Boleh Lipat Akan Dilancar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY