Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Samsung Sahkan Acara Galaxy Unpacked Pada Ogos, Peranti Boleh Lipat Akan Dilancar

Posted on Julai 21, 2021

Nampaknya desas-desus Samsung akan mengadakan acara pada Ogos ini adalah benar kerana hari ini mereka mengesahkan yang mana Galaxy Unpacked akan berlangsung pada 11 Ogos 2021.

Menerusi video acah pendek yang dikongsikan, ia sememangnya telefon boleh lipat baharu dari mereka – Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 dimana telah lama diperbualkan.

Selain itu, Samsung sendiri menyatakan bahawa mereka akan memperkenalkan peranti yang fleksibel serta versatail. Bukan itu sahaja, Samsung mungkin akan mengumumkan peranti lain seperti Galaxy Buds 2, Galaxy Watch 4 dan mungkin Galaxy S21 FE.

Bercakap tentang Galaxy Watch, baru-baru ini atlet Korea Selatan dikatakan memakai jam tangan pintar Samsung baharu semasa tiba di Jepun untuk Tokyo Olympics 2020 dan ia berkemungkinan adalah Galaxy Watch 4.

Apa-apa pun, sekiranya anda ingin menonton acara tersebut, boleh layari YouTube rasmi Samsung pada 11 Ogos nanti.

Sumber: Samsung, sammobile

Baca juga artikel berkaitan:

  • Mungkin Ini Harga Bagi Samsung Galaxy Z Fold3 Dan Galaxy Z Flip3
  • Samsung Galaxy S22 Dijangka Ada Kamera Olympus, Mungkin Dilancar Januari 2022
  • Mungkin Tiada Kamera Di Bawah Skrin Untuk Telefon Samsung Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress