Samsung Juga Bakal Hadir Dengan Aksesori Tambahan DeX Station Pada 29 March Ini

Selepas beberapa laporan tentang peranti Samsung S8 dan juga power bank mereka, tampil pula lagi satu peranti dari Samsung yang didakwa juga bakal dipersembahkan semasa pelancaran flagship mereka 29 March ini (mungkin), iaitu Samsung DeX Station.

Untitled

DeX yang bermaksud Desktop Experience ini mempunyai fungsi sebagai external monitor dengan penyambungan bersama peranti Samsung S8. DEX Station akan mempunyai dua port USB-A, port Ethernet, port USB-C, dan port HDMI. Dilaporkan kelajuan port Ethernet ialah 100Mbps.

samsung-galaxy-note-II-dock

Yang menariknya peranti ini memiliki dok bersama kipas terbina di dalam yang menawarkan penyejukan aktif semasa pengguna menjalankan lima belas aplikasi pada yang sama, contohnya. Samsung fobia bateri terbakar lagi. Secara teorinya S8 juga boleh disambungkan bersama untuk pengecasan.

Sumber