Salah satu lagi peranti yang dijangka hadir bersama adalah jam tangan pintar Galaxy Watch4. Dikatakan terdapat dua varian - Galaxy Watch 4 dan Watch 4 Classic.
Terbaru, 91mobiles memperlihatkan peranti tersebut buat pertama kalinya. Dari gambar yang diperlihatkan, Galaxy Watch 4 Classic mempunyai bezel yang berputar bersama dua butang di bahagian sisi kanan dan mungkin hadir dengan tiga pilihan warna.

Walaupun tiada maklumat terperinci berkaitan spesifikasinya tetapi jam tangan pintar tersebut menjalankan antara muka baharu berasaskan WearOS. Ini sama seperti yang diumumkan semasa acara Google I/O pada tempoh hari.
Menerusi sistem operasi baharu tersebut, secara tidak langsung ia membawakan elemen-elemen Tizen OS dan fungsi dari Wear OS di samping menawarkan prestasi serta jangka hayat bateri lebih baik.
Dalam pada itu, imej jam tangan pintar Samsung ini juga amat mirip dengan yang dipakai atlet Korea Selatan ketika sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pelancarannya pada minggu hadapan.
Sumber: 91mobiles
Baca juga artikel berkaitan:
- Peranti Android Terdahulu Tidak Lagi Boleh Menggunakan Aplikasi Dan Servis Google
- Ini 5 Jenama Pengeluar Telefon Terbesar Di Dunia Setakat Suku Kedua 2021
- Samsung Kongsi Video Acara Galaxy Unpacked - Mengacah Telefon Lipat
Berkaitan
- macOS Big Sur Kini Sudah Tersedia Untuk Dimuat Turun
- Pemindahan 'Chats' Dari iOS Ke Android Lepas Ini Lebih Mudah
- Opensignal: Liputan 4G Di Malaysia Meningkat Sehingga 88.8%
- Samsung Galaxy Tab A7 Kini Jauh Lebih Mampu Milik
- Microsoft Edge Turut Hadir Dengan Kemas Kini Pengurusan Kata Laluan
- Xiaomi Mengacah Mi Mix 4 Dengan Paparan Penuh, Bakal Beri Kejutan
- Samsung Ada Promosi Beli Samsung Galaxy S23 Ultra, Percuma Galaxy S23
- ColorOS 12 Mungkin Jadi Antara Muka Terbaik OPPO
- POCO M4 Pro 5G Dengan Cip Dimensity 810 Rasmi, Mirip Redmi Note 11
- Saksikan UEFA EURO 2020 Dengan 4K HDR Dan Dolby Atmos Di Astro