Samsung Galaxy Tab A7 Turun Harga, Kini Lebih Murah

Pada Mei yang lalu, Samsung menawarkan promosi bagi tablet Galaxy Tab A7 mereka pada harga RM899 berbanding harga asalnya RM999.

Walaupun promosinya sudah tamat, Samsung kini mengekalkan harga RM899 bagi pelanggan yang ingin memilikinya. Oleh itu, ini adalah peluang yang baik jika anda sedang mencari tablet yang berkualiti tetapi harga yang mampu milik.

Mengimbas kembali, tablet tersebut didatangkan cip Snapdragon 662, 3GB RAM, storan dalaman 32GB serta sokongan kad mikroSD sehingga 1TB.

Sementara skrinnya berukuran 10.4 inci, bateri berkapasiti 7040mAh dan hadir dengan 4 pembesar suara yang dioptimasikan Dolby Atmos.

Jika berminat, anda boleh membelinya melalui kedai dalam talian Samsung atau Shopee dan Lazada.

Baca juga - 5 Perkara Yang Tak Patut Wujud Di Telefon Pintar 2021

Baca juga - Senarai 10 Peranti Bawah RM600 Yang Sesuai Untuk PdPR

Baca juga - YTL Minta Pengguna Perantinya Menggunakan Pengecas Asli