YTL Minta Pengguna Perantinya Menggunakan Pengecas Asli

Dalam seminggu ini kecoh tentang dakwaan telefon pintar terbakar melibatkan keluaran YTL Communications (YTLC).

Dalam tempoh itu, sebanyak 2 kejadian berasingan melibatkan model telefon pintar yang sama didakwa terbakar iaitu YES Altitude.

Selepas seminggu insiden tersebut dilaporkan, YTLC akhirnya telah mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap insiden tersebut.

YTLC menegaskan bahawa telefon pintar YES yang diedarkan kepada pelajar adalah mematuhi piawaian antarabangsa dan selamat untuk digunakan.

Mereka menyatakan, sejak kejadian itu dilaporkan, China Mobile iaitu rakan kongsi YTLC dan juga pengeluar bateri bagi peranti itu iaitu Utime Limited telah menjalankan audit ke atas data pengeluaran dan kawalan kualiti dari proses pengeluaran telefon pintar YES Altitude.

Daripada audit tersebut mereka mengesahkan pengeluaran YES Altitude sepenuhnya mematuhi semua perakuan kesihatan dan keselamatan antarabangsa yang relevan dan selamat digunakan.

Susulan itu juga, YTLC meminta supaya penggunya menggunakan pengecas asli yang dibekalkan dengan telefon atau kabel pengecasan yang diperakui oleh Sirim sahaja dan berada dalam keadaan baik.

Berkenaan dengan insiden yang melibatkan telefon pintar YES Altitude terbakar, hasil siasatan awal oleh pihak YTLC ke atas peranti yang terbakar itu didapati, insiden itu berlaku disebabkan oleh pengunaan alat pengecas dan kabel dari pihak ketiga.

Insiden pula berlaku selepas dua jam kelas dalam talian sambil telefon sedang dicas.

Sumber: MalaysiaKini

Baca juga: Sebuah Telefon Pintar Didakwa Terbakar Secara Tiba-Tiba Ketika Sesi PdPR

Lagi Laporan Peranti Pintar Didakwa Terbakar Melibatkan Model Yang Sama

Pelajar Insiden Kedua Telefon Pintar Terbakar Terima Telefon Pintar Baru

Peranti Yes Terbakar, Xiaomi Beri Peranti Redmi Percuma Sebagai Ganti