Senarai 10 Peranti Bawah RM600 Yang Sesuai Untuk PdPR

Minggu ini, isu yang hangat diperkatakan adalah peranti yang diberikan secara percuma buat golongan yang memerlukan seperti mahu tidak mahu sahaja.

Banyak juga keluhan diluahkan ibu bapa atau keluarga yang terlibat mengatakan peranti yang diberi percuma itu amatlah tidak munasabah. Bahkan hari ini, terdapat juga kenyataan memberi tahu "Lebih baik ada daripada tak ada".

Oleh itu, di sini kami menyenaraikan 10 peranti yang berharga bawah RM600 serta sesuai untuk digunakan anak-anak kecil yang masih bersekolah.

Peranti-peranti ini dipilih atas faktor bateri yang besar, skrin yang mudah untuk dilihat, memori serta cip pemproses yang cukup baik bagi menjalankan sesi pembelajaran dalam talian seperti Google Meet, Zoom atau sebagainya.

Redmi 9T - RM599




Siri Redmi daripada Xiaomi sangat popular dalam kalangan pengguna. Ia disebabkan harganya yang mampu milik dan sesuai dijadikan peranti untuk kegunaan harian.

Spesifikasi:

  • Cip Snapdragon 662

  • 4GB RAM + 64GB storan

  • Skrin 6.53 inci LCD

  • Bateri 6000mAh, pengecasan pantas 18W


Klik pautan ini untuk beli - https://invol.co/cl4irla

Redmi 9 -RM599




Walaupun dilancarkan tahun lalu, Redmi 9 masih lagi baik. Spesifikasinya sedikit rendah berbanding Redmi 9T. Akan tetapi, harganya sangat berbaloi dan relevan untuk tahun 2021.

Spesifikasi:

  • Cip MediaTek Helio G80

  • 3GB RAM + 32GB storan

  • Skrin 6.53 inci LCD

  • Bateri 5020mAh, pengecasan pantas 18W


Klik pautan ini untuk beli - https://invol.co/cl4iriy

Redmi 9A - RM329




Redmi 9A boleh dianggap sebagai adik kecil dalam keluarganya. Spesifikasi tidak terlalu beza dengan Redmi 9 tetapi harganya jauh lebih rendah, iaitu bawah RM400 sahaja.

Spesifikasi:

  • Cip MediaTek Helio G25

  • 2GB RAM + 32GB storan

  • Skrin 6.53 inci LCD

  • Bateri 5000mAh, pengecasan 10W


Klik pautan ini untuk beli - https://invol.co/cl4irfi

vivo Y12s - RM443




Telefon daripada vivo ini antara yang mampu milik daripada mereka. Tidak hairan ia turut ditawarkan dari syarikat telekomunikasi. vivo Y12s boleh didapati pada harga serendah bawah RM500.

Spesifikasi:

  • Cip MediaTek Helio P35

  • 3GB RAM + 32GB storan

  • Skrin 6.51 inci LCD

  • Bateri 5000mAh, pengecasan 10W


Klik pautan ini untuk beli - https://invol.co/cl4irbi

POCO M3 - RM599




"Baik beli POCO", tahun ini sekali lagi kedengaran laungan ini. Jika POCO F3 khusus buat golongan yang mahu spesifikasi terbaik, POCO M3 adalah peranti kelas permulaan yang sangat cemerlang.

  • Cip Snapdragon 662

  • 4GB RAM + 64GB storan

  • Skrin 6.53 inci LCD

  • Bateri 6000mAh, pengecasan pantas 18W


Klik pautan ini untuk beli - https://invol.co/cl4ir9x

OPPO A54 - RM599




OPPO A54 baru sahaja dilancarkan pada April yang lalu. Harga bermula RM599, baterinya cukup besar untuk menggunakan dalam satu hari.

Spesifikasi:

  • Cip MediaTek Helip P35

  • 4GB RAM + 64GB storan

  • Skrin 6.51 inci LCD

  • Bateri 5000mAh, pengecasan pantas 18W


Klik pautan ini untuk beli - https://invol.co/cl4ir8r

Samsung Galaxy A02 - RM399




Selain vivo Y12s, OPPO A54, telefon dari Samsung ini juga ditawarkan dalam pelan dari syarikat telekomunikasi. Apa yang penting, harganya hanya bernilai RM399 sahaja. Selain itu, ia juga menerima sokongan storan tambahan hingga 1TB.

Spesifikasi:

  • Cip MediaTek MT6739W

  • 3GB RAM + 32GB storan

  • Skrin 6.5 inci TFT LCD

  • Bateri 5000mAh


Klik pautan ini untuk beli - https://invol.co/cl4ir7n

narzo 30A - RM599




narzo dari realme mungkin dipasarkan sebagai telefon pintar yang menyasarkan untuk permainan mudah alih. Akan tetapi, spesifikasinya cukup lebih daripada baik untuk diberikan anak bagi tujuan pembelajaran.

Spesifikasi:

  • Cip MediaTek Helio G85

  • 4GB RAM + 64GB storan

  • Skrin 6.5 inci LCD

  • Bateri 6000mAh, pengecasan pantas 18W


Klik pautan ini untuk beli - https://invol.co/cl4ir62

Lenovo Tab M8 (HD) - RM499




Kami menyenaraikan juga tablet mampu milik seandainya anda mahukan sebuah peranti dengan skrin yang jauh lebih besar. Tablet ini bukanlah sebaik telefon pintar yang kami senaraikan di atas tetapi skrin yang besar sememangnya memberikan kepuasan untuk melihat.

Spesifikasi:

  • Cip MediaTek MT6761 Helio A22

  • 2GB RAM + 32GB storan

  • Skrin 8 inci LCD

  • Bateri 5000mAh


Klik pautan ini untuk beli - https://invol.co/cl4ir54

Samsung Galaxy Tab A (2019) - RM599




Tablet daripada Samsung ini antara peranti yang popular dalam kalangan yang mahukan tablet. Ia juga belum lagi ditelan zaman kerana dilancarkan pada tahun 2019 yang lalu. Harganya juga amat mampu milik, iaitu RM599.

Spesifikasi:

  • Cip Snapdragon 429

  • 2GB RAM + 32GB storan

  • Skrin 8 inci TFT LCD

  • Bateri 5100mAh


Klik pautan ini untuk beli - https://invol.co/cl4ir3m