Samsung Galaxy S7 Edge Edisi Black Pearl Diperkenalkan

Seperti yang dijangka, Samsung telah pun melancarkan rekaan variasi S7 Edge edisi khas berwarna Black Pearl. Ianya adalah variasi warna yang ketujuh untuk model ini. Pilhan warna ini hanya eksklusif utnuk model 128GB dan akan mula dipasarrkan secara rasmi harini.

"Variasi terbaru Black Pearl ini mengikuti jejak langkah sebelum ini dengan edisi Blue Coral dan Pink Gold yang dikeluarkan pada tahun ini." kata pihak Samsung." Variasi sebelum ini direka untuk nampak lebih ceria dan tenang, Black Pearl pula direka untuk nampak lebih moden dan garang" tambah mereka.

Variasi Black Pearl ini sudah semestinya akan mula dijual di pasaran Korea Selatan. Pihak Samsung juga dilaporkan mereka akan memasarkan S7 Edge variasi Black Pearl ini kepada negara-negara terpilih sahaja.

 

gsmarena_001