Samsung Galaxy M10 Dan M20 Sudah Dilancarkan, Bakal Bersaing Dengan Xiaomi Di India

Samsung semalam dengan rasminya melancarkan siri baru, Galaxy M untuk pasaran India.

Dua model yang diketengahkan adalah M10 dan M20 dimana kedua-duanya memiliki rekaan takuk Infinity-V pada skrin paparan. Spesifikasi M10 dan M20 adalah seperti dibawah:

Samsung Galaxy M10



  • Skrin 6.22 inci dengan nisbah 19.5:9

  • Exynos 7870

  • Bateri 3400mAh

  • Dwi kamera belakang 13MP (f/1.9) + 5MP (f/2.2)

  • Pengimbas cap jari dibelakang

  • RAM 2GB/ 16GB dan RAM 3GB/32GB


Samsung Galaxy M20



  • Skrin 6.3 inci 19.5:9

  • Exynos 7904

  • Bateri 5000mAh

  • Dwi kamera belakang 13MP (f/1.9) + 5MP (f/2.2)

  • Pengimbas cap jari dibelakang

  • RAM 3GB/ 32GB dan RAM 4GB/64GB


Harga pasaran untuk pasaran India adalah;

  • Samsung Galaxy M10

    • INR8990 (~RM 520)

    • INR7990 (~RM 462)



  • Samsung Galaxy M20

    • INR 12990 (~RM 750)

    • INR 10990 (~RM 635)




Nilai-nilai pasaran ini selari dengan bocoran yang dilaporkan minggu lalu.

Kedatangan siri M ini dilihat mahu bersaing dengan jenama-jenama dari China seperti Xiaomi dan OPPO yang sedia diminati pengguna di India.

Belum dapat dipastikan sama ada keluaran ini akan dibawa masuk ke pasaran lain ataupun tidak.