Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsug Galaxy Book 3 Ultra

Samsung Galaxy Book 3 Ultra Dijangka Hadir Dengan Rekaan Yang Lebih Ringan

Diterbitkan Januari 13, 2023 · Dikemas kini Januari 13, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Samsung dilihat telah membuka ruang untuk pengguna menempah siri Galaxy S23 yang baharu.

Namun, bukan itu sahaja yang ditawarkan oleh Samsung kerana pengguna juga boleh mula menempah komputer riba Galaxy Book yang baharu.

Samsung US reservation options
Sumber: GSMArena

Mungkin tiada sebarang spesifikasi mengenai pilihan yang diberikan. Tetapi, bahagian komputer riba berkemungkinan merujuk kepada siri Galaxy Book 3 yang akan datang.

Model yang dijangkakan akan keluar sudah tentu Galaxy Book 3 Pro dan Pro 360. Tidak lupa juga dengan model premium iaitu Galaxy Book 3 Ultra.

Rumor: Samsung to introduce a new Galaxy Book 3 Ultra lightweight laptop
gambar: sammobile

Paparan untuk model Ultra masih lagi tidak dapat dipastikan namun ia dikatakan mempunyai paparan saiz penuh.

Model ini memiliki papan kekunci dengan kekunci numerik padanya serta menggunakan cip pemproses Intel Core generasi yang ke-13.

Tarikan sebenar Samsung Galaxy Book 3 Ultra mungkin terletak kepada rekaannya yang lebih ringan.

Samsung Galaxy Book 3 Ultra mungkin akan lebih ringan daripada siri Dell XPS 15 dan juga Apple MacBook Pro.

Berkaitan

  • CES 2023 - Samsung Umum Skrin OLED Dengan Kecerahan 2000 Nits
  • TM Roh Dijangka Umum Perincian Mengenai Cip Eksklusif Galaxy
  • Samsung Sahkan Acara Galaxy Unpacked 2023 Pada 2 Februari
  • Galaxy S24 Ultra Mungkin Dilengkapi Kamera Telefoto Dengan 150X Zum
  • Mungkin Ini Rekaan Sebenar Yang Bakal Digunakan Siri Samsung Galaxy S23

Dell XPS 15 berjisim antara 1.92kg dan 2.1kg manakala MacBook Pro hadir dalam dua saiz iaitu 1.6kg untuk 14 inci dan 2.1/2.2kg untuk 16 inci.

Terdapat juga komputer riba yang lebih ringan seperti LG yang berukuran 17 inci dengan berat sekitar 1.43kg sahaja.

Oleh itu, siri Samsung Galaxy Book yang baharu ini mungkin perlu bersaing dan menawarkan spesifikasi yang lebih menarik.

Siri Galaxy Book 3 dijangka akan diperkenalkan pada 2 Februari berserta dengan siri Galaxy S23.

Sumber: sammobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY