Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tonton Stesen Angkasa Lepas Diletupkan Pada Skala Sebenar

Tonton Stesen Angkasa Lepas Diletupkan Pada Skala Sebenar

Diterbitkan Januari 31, 2024 · Dikemas kini Januari 31, 2024 oleh ariff bukhari

Syarikat angkasa komersial terkemuka yang membina platform perniagaan dan teknologi angkasa, Sierra Space telah mencapai kejayaan besar dalam pembangunan stesen angkasa komersial pertama.

Kini mereka menjalankan ujian Ultimate Burst Pressure pertama mereka bagi meletupkan struktur stesen angkasa komersial yang dikenali sebagai LIFE™ (Large Integrated Flexible Environment) pada skala penuh.

Ujian itu telah dijalankan di Pusat Penerbangan Angkasa Marshall, NASA di mana letupan yang dihasilkan itu adalah bersamaan dengan menggunakan 164 batang dinamit.

Menurut Sierra Space, kejayaan ujian itu adalah melebihi tahap keselamatan x4 yang disyorkan NASA sebanyak 27%.

Ia sebagai persediaan untuk misi angkasa lepas masa depan yang akan berlaku pada 2030.

Sierra Space menyatakan, dimensi modul LIFE kira-kira bersamaan dengan “rumah keluarga purata,” yang, mengikut nombor Banci AS 2022,  2,299 kaki persegi atau 213.5 meter persegi untuk rumah tunggal yang dibina pada tahun itu.

Sierra Space bukanlah satu-satunya syarikat tajaan NASA bagi pembangunan stesen angkasa lepas.

Terdapat beberapa lagi syarikat dalam misi yang sama turut menerima tajaan NASA termasuklah Blue Origin, Voyager Space dan  Axiom Space.

Berkaitan

  • Bukan Lagi Fiksyen, China Bangunkan Perisai Plasma Untuk Pertahanan Tentera
  • NASA Perkenal X-59, Jet Supersonik Senyap
  • Pesawat Hidrogen-Elektrik, Berlepas Dan Mendarat Menegak Pertama Di Dunia Diperkenalkan

Sumber: Sierra Space

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY