Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Imej CAD iPhone 14 Pro, Takuk Tidak Lagi Kelihatan

Ini Imej CAD iPhone 14 Pro, Takuk Tidak Lagi Kelihatan

Diterbitkan Mac 17, 2022 oleh Faiz Munir

Hari pelancaran lama lagi, tapi banyak yang kita sudah dengar mengenai siri iPhone 14 ini. Kini kita sudah dapat melihat rekaan iPhone 14 Pro melalui imej komputer pertama daripada fail rekaan CAD peranti tersebut yang dihasilkan oleh 91Mobile.

Daripada imej tersebut, iPhone 14 Pro ini membawa rekaan kamera yang sama seperti iPhone 13 Pro. Jika dibandingkan dengan iPhone 13 Pro, bonggol pada imej komputer iPhone 14 Pro ini kelihatan lebih nipis.

Pada bahagian kiri terdapatnya butang laras audio bersebelahan dengan slot kad SIM.  Pada bahagian hadapan pula, walaupun skrin ini tidak mempunyai takuk, ia digantikan dengan 2 lubang dan salah satunya berbentuk seperti pil. Pembesar suara pula ditempatkan pada bezel bahagian atas seperti yang terdapat pada iPhone 13.

Ini Imej CAD iPhone 14 Pro, Takuk Tidak Lagi Kelihatan
Ini Imej CAD iPhone 14 Pro, Takuk Tidak Lagi Kelihatan

Melalui imej komputer ini, kita dapat lihat rekaan yang terdapat pada iPhone 14 ini tidak sama dengan rekaan pertama yang dilaporkan pada bulan September tahun lalu. Pada laporan tersebut, iPhone 14 dikatakan tidak lagi mempunyai takuk, tiada bonggol pada kamera, skrin berlubang dan butang suara berbentuk bulat.

Terdapat juga laporan bahawa Apple akan membuang slot kad SIM pada siri iPhone 14. Namun ianya masih belum dipastikan walaupun pada imej komputer masih terdapat slot kad SIM tersebut.

Ini Imej CAD iPhone 14 Pro, Takuk Tidak Lagi Kelihatan
Ini Imej CAD iPhone 14 Pro, Takuk Tidak Lagi Kelihatan

Untuk makluman anda, imej komputer ini digunakan oleh syarikat yang membuat aksesori sarung pelindung untuk peranti ini. Namun, jika terdapat sebarang perubahan yang tidak melibatkan perubahan pada penghasilan sarung pelindung tersebut, berkemungkinan Apple boleh menukar rekaan pada iPhone 14 mereka.

Jadi, apa pendapat anda tentang rekaan pada iPhone 14 ini? Adakah ia menarik atau sudah menjadi kebiasaan? Apa-apa pun kita nantikan sahaja pelancaran peranti ini nanti.

Sumber: 91mobiles

Baca juga:

  • iPhone Pun Tak Selamat, ‘Scammer’ Jumpa Cara Pasang Aplikasi Hasad Pada Peranti iOS
  • Permohonan PerantiSiswa Dibuka April, Menteri Jamin Spesifikasi Minimum RAM 4GB
  • GTA 6 – Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY