Samsung Ada Konsep Skrin OLED Hibrid, Boleh Dilipat Dan Juga Ditarik

CES merupakan acara tahunan di mana syarikat-syarikat elektronik memperlihatkan rekaan dan inovasi terbaru mereka.

{suggest}

Pada acara tahun ini, Samsung Display telah mengambil peluang untuk menunjukan paparan skrin OLED yang unik dan inovatif.

Paparan ini digelar Flex Hybrid OLED di mana menggabungkan ciri skrin yang boleh dilipat dan diperluaskan.

Samsung Flex Hybrid OLED Fully Open Kapsyen: Sumber: SamMobile


Panel OLED ini boleh dilipat pada satu sisi serta boleh diperluaskan secara meleret pada sisi yang lain. Panel ini direka khas untuk peranti seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba yang boleh dilipat dan ditarik.

Skrin Flex Hybrid OLED mempunyai nisbah aspek 4:3 dengan ukuran 10.5 inci dan boleh diluaskan sehingga 12.4 inci  dengan nisbah aspek 16:10.

Selain daripada itu, terdapat dua jenis panel OLED yang dikeluarkan oleh Samsung Display iaitu Slidable Solo dan Flexible Slidable Duet. Kedua-dua panel ini hanya boleh dileretkan untuk menjadi sebuah skrin yang lebih luas.

Flex Slidable Solo merupakan panel OLED yang berukuran 14 inci di mana boleh bertukar menjadi 17.3 inci apabila ditarik. Manakala untuk Flex Slidable Duet pula boleh ditarik dari kedua-dua sisi untuk menukarkan paparan daripada 14 inci  kepada 17.3 inci.

Samsung Slidable Flex Duet OLED Screen Kapsyen: Sumber: SamMobile


Panel-panel baharu ini pernah ditayangkan semasa Intel's Innovation 2022 namun belum lagi ditunjukkan secara umum sehingga CES 2023.

Sumber: SamMobile

Gambar Utama: SamMobile