Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
loji biobahan api

Samsung E&A Akan Bangunkan Loji Biobahan Api Bernilai RM6 Bilion Di Johor

Diterbitkan Disember 12, 2024 oleh Rushsyafizal

Samsung E&A, sebuah syarikat kejuruteraan dari Korea Selatan, telah dipilih untuk membina loji penapisan biobahan api (biofuel) di Johor dengan nilai pelaburan melebihi RM6 bilion.

Projek ini akan menghasilkan bahan api penerbangan yang mampan (SAF) serta biofuel lain, dan merupakan kerjasama antara syarikat minyak Itali Eni SpA, Petronas, dan syarikat Jepun Euglena Co Ltd.

Samsung E&A memaklumkan bahawa kontrak bernilai USD955 juta (RM4.43 bilion) ini dijangka dimeterai pada Januari 2025. Loji tersebut akan dibina di Pengerang Integrated Complex, sebuah hab petrokimia utama di Johor, dan dijangka mula beroperasi pada separuh kedua 2028.

Apabila siap, loji ini akan memproses sehingga 650,000 tan bahan mentah setahun, termasuk minyak sayuran terpakai, lemak haiwan, dan minyak mikroalga, untuk menghasilkan SAF, hydrogenated vegetable oil, dan bio-naphtha.

Projek ini menyokong usaha global untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor penerbangan. Kesatuan Eropah, Singapura, dan Korea Selatan telah memperkenalkan mandat penggunaan SAF mulai 2025 hingga 2027, dan loji ini berpotensi menjadikan Malaysia sebagai hab utama dalam pengeluaran biofuel serantau.

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Meta Lancar Kempen Kesedaran Anti-Scam Global
  • Anda Kini Boleh “AirDrop” Fail Antara iPhone Dan Windows PC
  • Ini Aplikasi Dan Permainan Terbaik 2024 Yang Diktiraf Apple App Store
  • Astro Dapat Ganti Rugi RM75 Ribu Selepas Pub Siar Sukan 'Live' Eksklusif Secara Haram

Sumber: theedgemalaysia, businesskorea

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY