Kini, spekulasi mengenai One UI 2.5 akan datang menyatakan gergasi teknologi Korea Selatan itu akan mula memaparkan iklan pada kekunci skrin. Namun, iklan mungkin hanya akan dipaparkan pada peranti kelas permulaan Samsung seperti siri Galaxy A dan Galaxy M.
Melalui sampel tangkap layar yang didedahkan, ia menunjukkan iklan 15 saat pada kekunci skrin dan memerlukan pengguna menonton terlebih dahulu sebelum nyahkunci peranti tersebut.
Selain itu, sampel lain turut menunjukkan iklan yang dipaparkan pada aplikasi cuaca. Kedua-dua iklan ini adalah dalam bahasa Korea di mana ia masih menjadi tanda tanya jika Samsung akan membawa fungsi ini pada peranti global.
Pada Oktober tahun lalu, wakil Samsung Korea mengeluarkan kenyataan mengenai hasrat mereka untuk membawa iklan pada One UI. Ia bertujuan untuk menyediakan "fungsi baru dan operasi layanan yang stabil" melalui pendapatan iklan yang dikumpulkan.
Dalam pada itu, One UI terbaru dijangka akan dilancarkan pada siri Galaxy Note 20.
Sumber: GSMArena
Beli barangan Samsung dari:
Lazada (https://invol.co/clotwg)
Shopee (https://invol.co/clotwh)
Berkaitan
- 'YouTuber' Dari China DIY iPhone Jadi Peranti Boleh Lipat
- Siri Samsung Galaxy S23 Terima Kemas Kini Dengan Penambahbaikan Kamera
- Isu Storan OnePlus 12R, Pengguna Ditawarkan Bayaran Balik
- iPhone 15 Pro Dijangka Hadir Dengan Warna Merah Gelap
- AirAsia Tawar Tempahan Penerbangan Dan Hotel Secara Kombo Melalui SNAP
- Ini Senarai Model iPhone Yang Akan Terima Kemas Kini iOS 17
- Masih Berlanjutan, Beberapa Pemilik Kereta Lapor Isu Cas Tanpa Wayar iPhone 15
- Pengerusi Samsung, Lee Kun-hee Meninggal Dunia Pada Usia 78 Tahun
- Ciri Panggilan Video Dan Audio Melalui WhatsApp Web Mula Dilepaskan Kepada Pengguna
- OnePlus 8T Sah Akan Dilancar Pada 14 Oktober Ini