Takuk sudah lama digunakan Apple sejak iPhone X lagi. Namun, desas-desus sejak kebelakangan ini mendakwa iPhone pada tahun hadapan bakal diberi nafas baharu dengan menawarkan paparan berlubang.
Jon Prosser, Mark Gurman dan Ming-Chi Kuo turut bersependapat bahawa iPhone 14 akan menampilkan paparan berlubang. Malah, The Elec juga mengatakan perkara yang sama.

Laporan terbaru pula ada mengkhabarkan Samsung dan LG bersedia menjadi pembekal utama kepada Apple dalam menghasilkan panel paparan berlubang bagi iPhone 14 nanti.
Dikatakan model bukan pro (iPhone 14 dan iPhone 14 Max) masih mengekalkan paparan bertakuk dan ia dibekalkan oleh Samsung.
Sementara model pro (iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max) pula akan menggunakan paparan berlubang dan buat pertama kalinya, LG mungkin menjadi pembekalnya.
Pun begitu, seperti laporan sebelum ini, Apple perlu memikirkan cara bagaimana mereka untuk menawarkan Face ID bagi iPhone yang hadir dengan paparan berlubang.
Sumber: macrumors
Baca juga:
Orang Ramai Lebih Percayakan Privasi Google Berbanding Apple
Bukan Telefon Boleh Lipat Tapi iPhone 15 Mungkin Ada Kamera Berlipat
Perlu Tunggu Lebih Lama Untuk Cip Apple Baharu, Tiada Lagi 1 Cip Untuk 1 Tahun
Berkaitan
- Samsung Bakal Perlihatkan Tiga Teknologi Paparan OLED Baharu
- Bekas Pekerja Samsung Mengatakan Ini Rupa Galaxy S22 Dan S22 Plus
- Apple AirPods Max Hadir Dengan Edisi Emas Dari Caviar Berharga RM437,508
- Peranti Boleh Gulung Samsung Bakal Menjadi Realiti
- Peranti Terbaharu Samsung Akan Ada Kemas Kini Android Selama 4 Tahun
- Paparan OLED Baharu Samsung Capai Kecerahan 1500 Nits
- iPhone 12 Dan iPhone 12 mini Kini Turun Harga
- iOS 14.5 Tambah Sokongan Alat Kawalan PS5 Dan Xbox Series X
- Prestasi Cip Baharu Apple A15 Tertiris Di Geekbench
- Mufti WP Perjelas Hukum Sokong Kelab Bola Sepak Yang Iktiraf LGBT