Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5g dnb

Samsung Berjaya Capai 5G Berkelajuan 1.75Gbps Dengan Jarak 10KM

Diterbitkan November 7, 2022 · Dikemas kini November 7, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Samsung Network baru-baru ini memberitahu bahawa mereka berjaya mencapai muat turun purata setinggi 1.75Gbps dengan jarak 10KM menggunakan teknologi 5G mmWave.

Ujian tersebut dilakukan bersama sebuah badan berkanun dari Australia iaitu National Broadband Network (NBN).

Kelajuan 1.75Gbps ialah kelajuan purata, manakala kepantasan tertinggi dicapai pula ialah 2.75Gbps.

Berkaitan

  • (Ulasan) Samsung Galaxy Buds2 Pro - Harga Kena Dengan Kualiti Yang Syahdu
  • Ura-Ura: Samsung Galaxy S23 Mungkin Dilancar Lebih Awal
  • Selamat Tinggal Exynos, Kesemua Model Galaxy S23 Akan Guna Cip Snapdragon
  • Mampu Pindah Data Selaju 12.4Gbps, Storan Generasi Ke-8 Samsung V-NAND Mula Dikilangkan Secara Besar-Besaran

Untuk muat naik pula, ia berjaya mencapai kelajuan purata 61.5Mbps.

Ia berjaya dicapai dengan sambungan Fixed Wireless Access (FWA) menggunakan cip RFIC 28GHz yang mana ialah generasi kedua daripada tiga generasi modem 5G Samsung. Ia sudah digunakan di beberapa negara lain termasuk Jepun, Korea Selatan dan AS.

Samsung Berjaya Capai 5G Berkelajuan 1.75Gbps Dengan Jarak 10KM

Samsung menjalankan ujian tersebut menggunakan 8CC (eight component carriers) yang melakukan pengagretan spektrum 800Mhz mmWave.

NBN akan berbelanja AUD750 juta termasuk AUD480 juta daripada kerajaan Australia untuk menambah baik rangkaian 5G di sana melalui perisian dan teknologi mmWave Samsung.

Kata Samsung, pencapaian ini membuktikan gelombang mmWave sesuai untuk kawasan urban yang padat, liputan FWA yang lebih luas di kawasan terpencil dan luar bandar.

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY