Samsung Berdepan Kerugian Sehingga RM 24.14 Billion Disebabkan Penjualan Teknologi Skrin

Semalam kami ada melaporkan mengenai "9 Orang Didakwa Di Korea Selatan Kerana Menjual Teknologi Skrin Samsung Kepada Pesaing". Kini, menurut pendakwanya, Samsung mungkin kerugian jualan sehingga $5.8 billion(~RM 24.14 billion) berikutan kejadian itu.

Tambahnya lagi, ia juga bakal mengurangkan kadar keuntungan mereka sebanyak $890 juta(~RM 3.72 billion) dalam masa tiga tahun mendatang.



Ia pastinya memberi tamparan hebat buat syarikat yang menguasai lebih daripada 90% daripada pasaran panel OLED bagi telefon pintar dunia itu.

Menurut pihak pendakwa lagi, 16 daripada peralatan memproses panel skrin itu telah pun berjaya dijual dan diterima, manakala 8 lagi sedang dalam rancangan untuk dijual sebelum tangkapan dibuat.

Sebuah syarikat pembikinan panel skrin gergasi dari Beijing dikatakan menjadi salah satu daripada penerima teknologi berkenaan. Namun, nama syarikat itu tidak boleh didedahkan kerana masih belum dapat disahkan.

 

Sumber: NIKKEI Asian Review