Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Mungkin Guna Skrin Lengkung Sepenuhnya Untuk Galaxy S8

Samsung Mungkin Guna Skrin Lengkung Sepenuhnya Untuk Galaxy S8

Diterbitkan September 10, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Haikel Areff

Samsung Mungkin Guna Skrin Lengkung Sepenuhnya Untuk Galaxy S8

Samsung sedang merancang sama ada untuk membuang atau mengekalkan sepenuhnya rekaan skrin rata terutamanya untuk model Galaxy S. Mengikut laporan, syarikat tersebut akan memilih rekaan lengkung sepenuhnya untuk Galaxy S8.

Pada bulan lepas, Koh Dong-Jin dari Samsung berkata syarikat tersebut sedang berbincang untuk menghasilkan skrin lengkung sepenuhnya untuk model Galaxy S sebagai salah satu cara untuk menjadikan model ini ‘one of its kind’.

Laporan juga mengatakan bahawa Samsung akan menggunakan paparan skrin berukuran 5.1 inci dan 5.5 inci untuk dua model Galaxy 8 dengan kedua duanya mempunyai paparan skrin lengkung. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk mendahului pasaran telefon pintar yang seakan tiada penghujungnya dengan menggunakan teknologi ‘edge display’ ini.

Samsung juga mungkin akan menambah ciri dwi-kamera di bahagian belakang sama seperti iPhone 7 Plus. Selain daripada itu, Samsung juga dikhabarkan akan menambah ciri sensor Iris eye-scanning dan 8 megapixel kamera depan. Sama sama kita nantikan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
©2026 WISER.MY