Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Pay Dalam Bentuk Beta Tiba Di Malaysia

Samsung Pay Dalam Bentuk Beta Tiba Di Malaysia

Diterbitkan Disember 12, 2016 · Dikemas kini Disember 12, 2016 oleh Haikel Areff

Samsung akhirnya telah datang dengan service khidmat pembayaran menggunakan peranti melalui Samsung Pay. Syarikat dari Korea Selatan itu sedang menjalankan percubaan servis tersebut di Asia Tenggara. Ketika ini, ia masih dilabelkan sebagai beta, dan hanya eksklusif untuk pemegang kad Maybank sahaja. Ianya termasuklah Maybank Visa kad kredit, debit dan pra-bayar.

Antara peranti Samsung yang terlibat adalah seperti Samsung Galaxy S6 edge+, Galaxy S7, Galaxy S7 edge, Galaxy Note5, Galaxy A7 (2016), dan Galaxy A5 (2016). Sama seperti Maybank Wave, anda hanya perlu sentuhkan kad pada mesin untuk membuat pembayaran. Tidak perlu menandatangan atau pengesahan. Ini sebenarnya amat tidak selamat digunakan kerana ianya mudah juga diakses oleh orang lain dan senang dicuri. Dengan Samsung Pay, anda hanya perlu sentuh telefon anda pada mesin untuk membuat pembayaran. Dari segi keselamatan, ianya bergantung kepada tahap sekuriti peranti anda.

Anda boleh layari laman web Samsung Pay untuk keterangan lanjut atau mendaftar. Pendaftaran akan bermula pada hari ini sehingga 16 Desember.

https://www.youtube.com/watch?v=KSaIe_mCuxc

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
©2026 WISER.MY