Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Bangunkan Tandas Yang Menukarkan Najis Kepada Abu

Samsung Bangunkan Tandas Yang Menukarkan Najis Kepada Abu

Diterbitkan September 26, 2022 · Dikemas kini September 27, 2022 oleh ariff bukhari

Menyahut Cabaran Cipta Semula Tandas yang dilancarkan oleh Yayasan Bill & Melinda Gates, Samsung  telah membangunkan prototaip tandas yang akan menukarkan najis kepada abu.

Dalam kenyataan rasminya Samsung Electronics menyatakan, Institut Teknologi Termaju Samsung (SAIT) telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan selama tiga tahun dengan mengusahakan reka bentuk asas dan membangunkan komponen dan teknologi modular, yang membawa kepada kejayaan pembangunan prototaip untuk kegunaan isi rumah.

Tandas Samsung_BMGF_dl2

Samsung menjelaskan, teknologi teras yang dibangunkan oleh mereka termasuklah teknologi rawatan haba dan biopemprosesan untuk membunuh patogen daripada sisa manusia dan menjadikan efluen dan pepejal yang dikeluarkan selamat untuk alam sekitar.

Berkaitan

  • Lebih Bersih, Tandas Di Jepun Mempunyai Teknologi Panel 'Terapung'
  • BeeVi - Sebuah Tandas Yang Jana Wang Digital Dengan Buang Air Besar
  • Ini Adalah Tandas Pintar Pertama Di Malaysia
  • Saintis Dari Switzerland Percaya Kita Akan Temui Makhluk Asing Dalam Masa 25 Tahun

Sistem ini membolehkan air terawat dikitar semula sepenuhnya. Sisa pepejal di dehidrasi, dikeringkan dan dibakar menjadi abu, manakala sisa cecair dirawat melalui proses penulenan biologi.

Samsung merancang untuk menawarkan lesen paten bebas royalti yang berkaitan dengan projek itu kepada negara membangun semasa peringkat pengkomersilan tandas tersebut.

Sumber: Samsung, Interesting Engineering

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY