Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tandas jepun

Lebih Bersih, Tandas Di Jepun Mempunyai Teknologi Panel ‘Terapung’

Diterbitkan Februari 17, 2021 · Dikemas kini September 27, 2022 oleh Amsyar Latif

Negara Jepun sering dikenali dengan teknologi-teknologi yang membantu rakyatnya dalam kehidupan seharian.

Daripada keretapi laju atau bullet train sehinggalah tandas mempunyai teknologi yang canggih.

Kini, tandas di Jepun bakal menggunakan panel terapung yang mirip hologram seperti kita lihat dalam filem sains fiksyen.

Teknologi ini dikenali sebagai “Floating Pictogram Technology“ yang dibangunkan Murakami Corporation dengan kerjasama Parity Innovation.

Lebih Bersih, Tandas Di Jepun Mempunyai Teknologi Panel ‘Terapung’

Ia membolehkan pengguna untuk menggunakan beberapa fungsi di dalam tandas tanpa sentuh butang fizikal seperti sebelum ini.

Mereka memperkenalkan teknologi tersebut adalah untuk mengurangkan bakteria melekat pada tangan.

Lebih Bersih, Tandas Di Jepun Mempunyai Teknologi Panel ‘Terapung’

Tambahan lagi, teknologi ini bakal digunakan secara meluas seawal tahun 2022 bagi meningkatkan kebersihan dalam kalangan pengguna.

Buat makluman, tandas di Jepun tidak sama seperti di Malaysia. Tandas mereka dilengkapi teknologi seperti tingkatkan suhu tempat duduk, melaras suhu air serta tekanan, muzik dan banyak lagi.

Sumber: soranews

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY