Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sunway Pyramid IoT 1

Ini Adalah Tandas Pintar Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Disember 8, 2021 · Dikemas kini September 27, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sunway Pyramid beberapa hari lepas telah memperkenalkan sistem Internet of Toilet (IoT) yang menyaksikan perubahan daripada sistem bilik air konvensional kepada sistem pengurusan yang lebih efisien. Teknologi dengan kerjasama syarikat pakar dari Singapura, Rigel, menjadikannya sebagai sistem tandas pintar pertama seumpanya di Malaysia setakat ini.

Sebelum ini, Sunway juga merupakan yang pertama di Lembah Klang memperkenalkan Parkir Pintar Sunway (Sunway Smart Parking) serta Hab Jalinan Pengguna (Customer Engagement Hub) untuk menangani keperluan pengguna melalui pelbagai saluran walau di mana jua mereka berada.

Sunway Pyramid IoT 2

Tandas pintar ini dilengkapi pemantauan persekitaran seperti kualiti udara, kelembapan suhu dan sensor yang akan mengesan kewujudan ammonia untuk mencegah bau busuk di bilik air. Sensor turut dipasang pada tong sampah, bekas sabun dan tisu.

Maklumat yang dikumpul ini akan dihantar ke pelayan awan yang boleh diakses melalui platform web dan aplikasi pintar mudah alih untuk memudahkan pengurusan dan penjejakan. Melalui teknologi ini, pihak pengurusan dapat informasi berkenaan kerosakan, atau bilik tandas yang memerlukan pembersihan dapat dilakukan dengan kadar segera.

Baca juga:

  • KLIA Kini Memiliki Tandas Yang Dilengkapi Pembasmi Kuman Ultraviolet (UV)
  • BeeVi – Sebuah Tandas Yang Jana Wang Digital Dengan Buang Air Besar
  • Lebih Bersih, Tandas Di Jepun Mempunyai Teknologi Panel ‘Terapung’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY