Samsung sentiasa selangkah kehadapan bila bercakap tentang teknologi paparannya. Terbaru, mereka bakal memperlihatkan tiga paparan OLED baharu semasa acara Display Week 2021 minggu ini.
Tiga teknologi yang dimaksudkan itu adalah S-foldable, foldable monitor dan paparan OLED boleh gulung. Selain itu, Samsung juga akan mengumumkan kamera di bawah paparan.
S-foldable adalah teknologi OLED yang paling baharu dalam sebuah peranti. Ini kerana, Samsung mendakwa ia boleh dilipat ke dalam atau ke luar. Mungkinkah ini akan digunakan pada spekulasi peranti boleh dua kali lipat mereka?
Baca juga – Samsung mengacah rekaan peranti dua kali lipat
Selain itu, Samsung juga akan menunjukkan paparan OLED berukuran 17 inci yang boleh lipat. Mereka mengatakan ia boleh dijadikan sebagai monitor mudah alih atau menjadikannya untuk kegunaan tablet dengan nisbah 4:3.
Akhir sekali, mereka turut akan memperlihatkan bagaimana paparan OLED boleh gulung yang mungkin seakan konsep OPPO X 2021.
Baca juga – OPPO memperkenalkan konsep OPPO X 2021
Ia akan memberikan saiz telefon pintar yang sama seperti di pasaran tetapi mempunyai keupayaan untuk meluaskan paparannya apabila dibuka.
Dalam pada itu, Samsung akhirnya akan menunjukkan kamera di bawah paparan yang sekian lama ditunggu-tunggu. Malah, teknologi ini juga bakal digunakan pada komputer riba mereka.
Meskipun begitu, kesemua teknologi OLED tersebut mungkin mengambil masa sebelum ia dipasarkan secara komersial.
Baca juga – Samsung Galaxy Z Fold3 mungkin pertama guna kamera bawah skrin
Namun, kamera di bawah paparan dijangka hadir buat telefon boleh lipat baharu mereka tahun ini menerusi Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip 3.
Sumber: Samsung Display