Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung trifold

Samsung Mengacah Rekaan Peranti Dua Kali Lipat Dan Skrin Boleh Gulung

Diterbitkan November 27, 2020 ยท Dikemas kini November 27, 2020 oleh Amalina Athman

Samsung Electronics merupakan antara syarikat terawal di dunia yang melancarkan telefon boleh lipat secara komersial. Terbaru, syarikat itu telah mengacah dua rekaan peranti, yang mempunyai dua kali lipatan serta paparan boleh gulung.

Samsung telefon dua kali lipat

Gergasi teknologi Korea Selatan itu hanya memperlihatkan rekaan sebagai konsep buat masa ini. Oleh itu, tidak dapat dipastikan jika Samsung akan menghasilkan peranti seperti itu atau sebaliknya.

Walaupun begitu, Samsung sebelumnya telah mempatenkan telefon dengan dua kali lipatan berbentuk ‘Z’. Jadi, dengan adanya konsep rekaan ini, kemungkinan mereka akan menghasilkan telefon dengan dua kali lipatan. Atau sekurang-kurangnya Samsung akan mempertimbangkan mengenainya.

Dalam pada itu, Samsung turut mengacah peranti dengan skrin boleh gulung. Produk ini pada dasarnya mempunyai binaan silinder memanjang, yang menempatkan paparan bergulung fleksibel yang boleh dilepaskan.

Samsung telefon dua kali lipat

Gambar yang dikongsi oleh syarikat itu menunjukkan bahawa produk tersebut cenderung ditujukan kepada golongan profesional dan lain-lain yang memerlukan peranti mudah alih dengan paparan lebih besar.

Bagaimanapun, tiada maklumat tambahan mengenai peranti ini. Akan tetapi, ini menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya Samsung mempunyai rekaan inovatif seperti itu dan kita mungkin dapat melihatnya pada masa akan datang.

Sumber: Sina via GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY