Bila bercakap tentang telefon boleh lipat, nama Samsung akan disebut memandangkan mereka antara pemacu dalam industri tersebut.
Baru-baru ini, rekaan bagi siri peranti baharu itu telah bocor di arena web dan sumber kuat menyatakan bahawa ia adalah imej promosi daripada Samsung sendiri.
Melihat pada Galaxy Z Fold3, modul kamera belakang berubah berbanding terdahulu dan apa yang menariknya, ia mempunyai kamera di bawah paparan pertama dalam Samsung.
Mungkin juga kamera di bawah paparan itu adalah mirip dengan yang dipatenkan Samsung pada tahun lalu dimana ia berbeza seperti mana yang ada pada ZTE Axon 20 5G.
Selain itu, Galaxy Z Fold 3 ini juga akan menawarkan ruang penyimpanan S Pen yang baharu.
Dalam pada itu, Galaxy Z Flip 3 pula dilihat bakal menerima paparan luar jauh lebih besar berbanding pendahulunya, Z Flip.
Di samping tetapan kamera belakang yang baharu, ia turut dijangka hadir dengan kamera hadapan di bawah paparan sama seperti Z Fold 3.
Berdasarkan ura-ura, kedua-dua telefon tersebut akan dilancarkan sekitar bulan Julai ini.
Sumber: Android Authority