Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sampai Bila Masalah Kekurangan Cip Akan Berlaku? Samsung Mungkin Ada Jawapannya

Sampai Bila Masalah Kekurangan Cip Akan Berlaku? Samsung Mungkin Ada Jawapannya

Diterbitkan Disember 8, 2021 · Dikemas kini Disember 8, 2021 oleh Bangman

Masalah kekurangan cip telah menjadi beban kepada pasaran elektronik dunia. Kebanyakan syarikat telefon pintar terkesan dengan isu ini, termasuklah syarikat permainan konsol, komputer riba, dan banyak lagi.

Sampai Bila Masalah Kekurangan Cip Akan Berlaku? Samsung Mungkin Ada Jawapannya

“Bang, bila Samsung Galaxy S21 FE nak keluar? Saya dah lama tunggu” – kata Farhan sambil menangis teresak-esak.

Jadual untuk pelancaran telefon ini tergendala kerana Samsung turut menjadi syarikat yang terjejas. Syarikat gergasi tersebut juga percaya bahawa masalah ini akan terus berlaku sehingga penggal kedua tahun 2022.

The Elec juga melaporkan bahawa Ketua Mudah Alih Samsung, Tae Moon Roh telah membincangkan isu ini bersama wakil daripada lebih 30 rakan kongsi dan pembekal pada 10 November lalu.

Melalui perjumpaan itu, cipset dan secara spesifiknya cipset RF, bakal mengalami masalah kekurangan bekalan sehingga penggal kedua tahun 2022.

Sampai Bila Masalah Kekurangan Cip Akan Berlaku? Samsung Mungkin Ada Jawapannya

Walau bagaimanapun, Samsung telah merancang untuk menekankan pendapatan kontrak tahunan bersama pembekal cip agar bekalan cip itu dapat dipastikan. Dikhabarkan bahawa mereka juga akan mencuba untuk mendapat bekalan stok cip sehingga empat minggu, berbanding dua minggu yang mereka lakukan sekarang.

Dengan langkah ini, peminat Samsung dapat menikmati pelancaran Samsung Galaxy S21 FE yang sekian lama tertangguh pada awal tahun 2022, bersama Galaxy A52 5G dan Galaxy A72. Selepas mengetahui tentang usaha Samsung ini, Farhan kembali gembira.

Baca juga:

  • Ini Senarai Model Samsung Dan Cip Yang Mungkin Digunakan Tahun Depan
  • 5 Fakta Menarik Sejarah Teknologi Yang Mungkin Anda Tak Tahu
  • Lebih 300 Saintis Desak Zuckerberg Beri Akses Terhadap Data Dalaman Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY