Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lagi Cerita Tentang Google Pixel ‘Fold’

Posted on Januari 14, 2022

Dengan pelepasan Android 12L Beta 2, terdapat petunjuk baharu mengenai telefon boleh lipat yang akan dihasilkan oleh Google. Sebelum ini, terdapat ura-ura mengenai Google sedang membangunkan sebuah telefon boleh lipat, namun tiada berita yang baharu mengenai peranti tersebut sehingga pelepasan Android 12L.

Petunjuk baharu ini dapat dilihat pada animasi tutorial memasukkan kad SIM ketika sedang menetapkan peranti Google yang baharu.

Dalam animasi tersebut, dilihatkan cara memasukkan kad SIM pada sebuah peranti yang sedang terlipat dengan menampakkan butang pembesar suara dan engsel untuk peranti tersebut.

Sumber: 9to5Google

Pada animasi lainnya pula, juga menunjukkan cara memasukkan kad SIM namun kali ini pada sebuah peranti boleh lipat yang sedang terbuka dengan menampakkan butang pembesar pada bahagian kanan.

Sumber: 9to5Google

Dengan melihat pada animasi ini, Google Pixel Fold mempunyai rekaan yang lebih kepada OPPO Find N berbanding dengan Samsung Galaxy Fold 3.

Jika Google menggunakan nisbah skrin seperti OPPO Find N, rekaan tersebut lebih mudah dioptimasikan untuk beberapa aplikasi sama ada peranti tersebut sedang dilipat mahupun dibuka.

Apa-apa pun, ini hanyalah khabar angin rekaan yang bakal digunakan pada Google Pixel Fold dan kita mungkin akan didedahkan lebih banyak maklumat mengenai peranti ini pada masa akan datang.

Sumber: 9to5Google

Baca juga:

  • realme Pad Tak Akan Dapat Kemas Kini Android 12
  • Google Salahkan Apple, Pengguna iMessage Geli Dengan Rakan Hantar ‘Bubble’ Hijau
  • Redmi Note 11S Bakal Hadir, Tapi Macam Tak Banyak Perubahan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress