Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

iPad Pro 2022 Mungkin Sokong Ciri MagSafe dan Gunakan Cip M2

Posted on Januari 17, 2022Januari 17, 2022

Kita menjangkakan bahawa iPad Pro akan dilancarkan pada tahun ini. Setakat hari ini sahaja, telah banyak ura-ura berkenaan rekaan, fungsi dan ciri yang bakal digunakan pada iPad Pro ini.

Mengikut laporan terbaharu, tablet ini  akan menggunakan kaca untuk rekaan panel belakangnya. Logo Apple juga akan lebih besar dan mempunyai saiz yang sama dengan MacBook Pro yang terbaharu. Dengan rekaan itu, kemungkinan iPad Pro kali ini akan menyokong MagSafe. Hal ini kerana, MagSafe tidak sukar disokong dengan penggunaan bahan daripada aluminium.

Selain itu, magnet MagSafe pada iPad Pro juga dikatakan lebih kuat untuk menyokong pengecasan yang lebih pantas. iPad Pro mungkin akan mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar kerana terdapat pengguna yang membuat aduan bahawa bateri iPad Pro cepat habis, lebih-lebih lagi ketika menggunakan Magic Keyboard.

Tidak terhenti disitu, iPad Pro keluaran akan datang juga berkemungkinan dilengkapi modul kamera yang sama dengan iPhone 13. Cip yang bakal digunakan juga adalah cip M2 yang mana cip yang sama akan digunakan pada MacBook Air yang juga akan dilancarkan pada tahun ini.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah ura-ura mengenai produk ini. Apa-apa pun, kita nantikan sahaja iPad Pro ini yang mungkin akan dilancarkan pada penggal pertama tahun ini.

Sumber: 9to5Mac

Baca juga:

  • iPhone 14 Pro Dikatakan Hadir Dengan Dua Lubang Pada Skrin Ganti Takuk
  • Google Salahkan Apple, Pengguna iMessage Geli Dengan Rakan Hantar ‘Bubble’ Hijau
  • Mungkin Siri Galaxy S22 Di Malaysia Guna Snapdragon 8 Gen 1

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress