Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Saintis Temui Jawapan Kenapa Semut Tak Mampu Hidup Bersendirian

Posted on Jun 24, 2022

Sekumpulan saintis di Shenzhen dan Kunming, Wilayah Yunnan, China telah mendapatkan jawapan akan kenapa serangga ini tidak mampu untuk hidup bersendirian melalui satu projek eksperimental.

Three M. pharaonis queens surrounded by brood and workers. | Download Scientific Diagram
Ratu-ratu yang dikelilingi oleh semut pekerja dalam koloni semut firaun

Untuk pengetahuan anda, semut merupakan makhluk yang telah hidup selama lebih daripada 140 juta tahun. Tambahan lagi, dek kerana saiz badan yang kecil, semut tidak akan terkesan (mati/cedera) jika dijatuhkan pada mana-mana ketinggian.

Berbalik kepada tadi, projek dijalankan dengan membaca bacaan sel otak daripada 4 jenis semut dalam koloninya – pekerja, male, gyne, dan ratu. Semut tersebut datang daripada spesis Monomorium Pharaonis atau lebih dikenali sebagai semut firaun.

Hasil Projek Eksperimen Tersebut

Para saintis tersebut mendapati setiap satu jenis semut dalam koloni itu mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berbeza dan jelas. Oleh itu, ia membezakan dan membahagikan setiap kumpulan semut yang ada dalam sosial koloni tersebut.

Dan tidak lupa juga bahawa semua merupakan makhluk yang sangat bersosial dalam “animal kingdom”.

Semua pekerja mempunyai ovari yang terdegradasi dan bertanggungjawab menjaga semut kecil dan mencari makan. Manakala semut jantan akan mencari dan memilih semut ratu yang disukai untuk membiakkan spesisnya.

Semut gyne pula dalam bahasa mudah adalah calon semut ratu yang masih belum disentuhi lagi. Oleh itu, semut ratu mempunyai tugas besar untuk menghasilkan telur demi masa depan koloni.

Kesimpulan

Ketua projek, Li Qiye menjelaskan tugasan dan tanggungjawab sosial yang berbeza dan jelas untuk setiap jenis semut itu membawa kepada pembentukan struktur otak yang berbeza.

Tambahan lagi, semut pekerja mempunyai kecenderungan kepada bau dan semut jantan lebih kepada kecenderungan visual. Hal ini demikian, tugas semut pekerja yang perlu mencari makan dan semut perlu bergantung kepada penglihatan untuk mencari pasangan yang sesuai untuk dipilih.

Photos and Info on Ants and Termites of Malaysia: Monomorium Pharaonis

Oleh sebab itu, setiap kumpulan atau jenis semut dalam koloni ini mampu melengkapi dan menyokong satu sama lain dalam kehidupan sosial mereka walaupun ada perbezaan.

Ini membuatkan semut mampu menjadi “superorganism” yang meliputi semua jenis fungsi seperti pembiakan, keselamatan, penjagaan dan makanan.

Jadi kita dapat memahami akan kenapa seekor semut tidak akan dan tidak mampu untuk hidup secara bersendirian tanpa koloninya.

Sumber: Global Times

Gambar utama: Wired

Baca juga:

  • Kedudukan Satelit Turun Mendadak Ke Atmosfera Bumi Membimbangkan Saintis
  • Kurang Sebulan Lagi, Komet Terbesar Dikesan 5 Tahun Lalu Diramal Akan Hampiri Bumi
  • Roket Elon Musk Didakwa Punca Pembentukan Awan Aneh Di Langit New Zealand

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress