Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
komet C2017 K2 2

Kurang Sebulan Lagi, Komet Terbesar Dikesan 5 Tahun Lalu Diramal Akan Hampiri Bumi

Diterbitkan Jun 23, 2022 · Dikemas kini Jun 23, 2022 oleh ariff bukhari

Satelit Teleskop Angkasa Hubble pada 5 tahun yang lalu telah mengesan sebuah komet terbesar pernah dilihat setakat ini.

Komet itu yang diberkan nama sebagai komet C/2017 K2 (PANSTARRS) itu dikesan satelit tersebut dalam tahun 2017 dahulu yang turut dikesan oleh teleskop Pan-STARRS yang berada di Hawaii.

Ketika pertama kali dikesan, ia dianggarkan berada sejauh 2.4 bilion kilometer dari Matahari.

komet C2017 K2 1

Tetapi kini selepas 5 tahun, komet C/2017 K2 itu dijangka akan  melintasi hampir dengan Bumi pada bulan Julai hadapan.

Titik paling hampir ia akan berada dengan Bumi pula adalah dijangka pada 14 Julai 2022 hadapan.

Sungguhpun begitu, untuk dapat melihat komet ini, anda masih perlu menggunakan bantuan teleskop kecil.

Sehingga kini, saintis belum dapat mengesahkan saiz sebenar komet C/2017 K2 ini tapi tetapi ada yang mendakwa saiznya berpotensi sangat besar sehingga boleh mencecah sehingga 100 batu lebar (~160 kilometer lebar).

Tetapi data dari Teleskop Hubble pula mencadangkan ia hanya bersaiz sekitar 12 batu lebar (~19 kilometer lebar) sahaja atau kurang.

asteroid K2 1
Kedudukan asteroid C/2017 K2 (PANSTARRS) pada 14 Julai 2022 berdasarkan data dari Nasa.

Setakat ini, semakan ke atas data dari Comets – NASA Solar System Exploration, terdapat sebanyak 3,743 komet sudah dikenal pasti.

Tetapi masih terdapat berbilion komet yang mengorbit Matahari masih belum dikenal pasti sehingga kini.

Sumber: newsweek.com, EarthSky, hubblesite.org

Baca juga:

  • Saintis Mendakwa Kedudukan Kutub Selatan Dan Kutub Utara Mungkin Akan Berubah
  • Kebocoran Lubang Ozon Di Kutub Selatan Kini Seluas 23 Juta Kilometer Persegi
  • NASA Mengesan Lebih Banyak Asteroid Menghampiri Bumi Dalam Tempoh 50 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY