Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
VR Mouth Haptics

Saintis Mencipta ‘Mouth Haptics’ Untuk VR – Boleh Rasa Angin Dan Air

Diterbitkan Mei 11, 2022 oleh Firdaus

Saintis telah mencipta ‘Mouth Haptics’ untuk realiti maya (VR) yang membolehkan pengguna untuk merasa pengalaman maya dengan mulut mereka. Contoh, pengguna dapat merasa angin pada wajah apabila menunggang basikal dalam VR, merasa air pada bibir jika pengguna meminum air dalam VR dan lain-lain.

Teknologi ini dibangunkan saintis daripada Carnegie Mellon University’s Future Interfaces Group. Para saintis tersebut menambah tranducers ultrasonic pada peranti Meta Quest 2 (sebelumnya dikenali sebagai Oculus). Tranducers tersebut bertindak dengan menfokus dan merangsang tenaga akustik pada mulut untuk merangsang rasa yang kita alami dalam VR.

Oleh itu, pengguna dapat merasa sensasi yang berbeza pada bibir, lidah dan gigi seperti apa yang mereka rasa ketika dalam permainan VR. Tambahan lagi, teknologi ini juga mampu memberi pengguna pengalaman seperti labah-labah bergerak di bibir dan mulut pengguna.

Walau bagaimanapun, teknologi ‘mouth haptics’ ini masih dalam fasa awal pembangunannya. Tenaga pembangun disebalik teknologi ini perlu mengkaji beberapa faktor seperti tindak balas, sentuhan, realistik dan lain-lain. Hal ini bertujuan untuk memberikan pengalaman haptik yang berkualiti kepada pengguna apabila teknologi ini dilancarkan nanti.

Sumber: pcgamer, figlab

Baca juga:

  • Intel Arc A370M, Mampu Bersaing Dengan GPU Nvidia Dan AMD
  • Permohonan PerantiSiswa Akan Ditutup Hujung Minggu Ini
  • Dron DJI Mini 3 Pro Dilancarkan, Mampu Diterbangkan Selama Lebih Daripada 40 Minit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY