Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Arc A370M, Mampu Bersaing Dengan GPU Nvidia Dan AMD

Intel Arc A370M, Mampu Bersaing Dengan GPU Nvidia Dan AMD

Diterbitkan Mei 10, 2022 ยท Dikemas kini Julai 6, 2022 oleh Firdaus

Intel Arc A370M merupakan kad grafik kelas permulaan daripada Intel untuk PC. Kad grafik Intel Arc membuat kemunculan dalam pasaran notebook melalui Samsung Galaxy Book2 Pro dan Lenovo Slim 7i.

Biarpun Intel Arc A370M adalah kelas permulaan tetapi benchmark kad grafik ini menunjukkan ia mempunyai prestasi setanding RTX 3050. Intel Arc A370M diuji menggunakan komputer ribu rujukan Arc A370M (MSI Summi E16 Flip Evo) berikut merupakan hasil prestasinya dengan saingan yang lain.

Final Fantasy XIV: Endwalker

Final Fantasy XIV merupakan permainan yang telah lama dikeluarkan tetapi popular dikalangan komuniti gamers.

Permainan Intel Arc
lebih tinggi, lebih baik

Berdasarkan statistik di atas, Intel A370M memberi prestasi yang setara dan berdaya saing dengan RTX 3050 daripada HP Spectre x360 16. Selain itu, Intel A370M mempunyai prestasi yang lebih baik daripada abangnya Intel Iris Xe.

Shadow of the Tomb Raider

Seterusnya, Intel A370M diuji menggunakan permainan Shadow of the Tomb Raider yang merupakan permainan yang cemerlang daripada zaman konsol generasi lepas (PlayStation 4).

Permainan Intel Arc 2
lebih tinggi, lebih baik

Sekali lagi, Intel A370M memberi prestasi lebih baik tetapi tidak jauh daripada RTX 3050 dalam kadar segar semula. Di samping itu, Intel Iris Xe tidak mampu untuk memberi prestasi yang baik dek kerana tetapan tertinggi dalam permainan ini.

Metro Exodus Enhanced Edition

Metro Exodus merupakan antara permainan video dengan keperluan grafik yang sangat tinggi. Melalui tetapan grafik pada 1080p dan tetapan ‘ray tracing’ pada normal, Intel A370M dan RTX 3050 agak susah untuk memproses permainan ini.

Permainan Intel Arc 3
lebih tinggi, lebih baik

Kedua-dua kad grafik hanya mampu memberi purata kadar bingkai pada 20 fps sahaja. Dan jauh meninggalkan Intel Iris Xe yang langsung tidak mampu memproses Metro Exodus.

Hanya RTX 3060 daripada Acer Nitro 5 sahaja yang kekal menjuarai dalam prestasi terhadap ketiga-tiga permainan video yang diuji. Secara amnya, Intel Arc A370M tidak setanding Nvidia GeForce RTX 3060 tetapi itu tidak menjadi masalah kerana mereka tidak berada dalam segmen yang sama.

Intel Arc A550M mungkin akan memberi persaingan yang setara dengan RTX 3060. Dan kad grafik itu dijangkakan membuat kemunculan pada pertengahan tahun 2022 ini.

Adakah anda patut membeli komputer riba yang menggunakan kad grafik Intel Arc di masa akan datang? Jawapannya adalah ya, dan statistik di atas ada bukti akan potensi yang dimiliki oleh Intel Arc.

Sumber: PCWorld

Baca juga:

  • Dulu No.1 Asia, Kini Malaysia Bukan Lagi 20 Teratas Dalam Pornografi
  • Ini Senarai Terkini Model Telefon Pintar Yang Sudah Menyokong Rangkaian 5G Di Malaysia
  • Gigabyte Melancarkan 2 ‘Motherboard’ Kompak Baharu Untuk Intel Gen 12

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY