Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tab perantisiswa AM 1 cropped

Permohonan PerantiSiswa Akan Ditutup Hujung Minggu Ini

Diterbitkan Mei 10, 2022 ยท Dikemas kini Mei 10, 2022 oleh ariff bukhari

Permohonan PerantiSiswa telah pun dibuka pada 15 April 2022 lalu. Selepas seminggu dibuka, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (K-KOMM) memaklumkan mereka telah menerima lebih daripada 70,ooo ribu permohonan.

Pemohon PerantiSiswa tersebut terdiri daripada para pelajar dari universiti awam, swasta, politeknik dan kolej komuniti.

Selepas sebulan permohonan dibuka kepada umum, K-KOMM mengumumkan bahawa permohonan PerantiSiswa bagi fasa pertama akan ditutup pada hari Ahad, 15 Mei 2022 ini.

Jadi sekiranya anda belum memohon, boleh berbuat dengan segera.

Untuk pemohon fasa pertama, mereka yang layak menerima PerantiSiswa akan terima peranti tersebut seawal bulan Jun ini.

Permohonan Fasa ke-2 PerantiSiswa hanya akan dibuka semula dalam bulan Ogos nanti.

Antara terma dan syarat utama bagi permohonan PerantiSiswa adalah seperti berikut:-

  • pemohon mestilah daripada kategori keluarga B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM4,850)
  • sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda
  • Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa
  • Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.

Permohonan PerantiSiswa boleh dibuat menerusi laman https://perantisiswa.kkmm.gov.my.

Sumber: K-KOMM

Baca juga:

  • Lebih 72,000 Pelajar B40 Telah Memohon Tablet PerantiSiswa
  • PerantiSiswa: Kumpulan Pertama Dijangka Terima Tablet Pada Bulan Jun
  • Menteri Kata Bukan ‘Cap Ayam’, Ini Spesifikasi Minimum PerantiSiswa Yang Ditetapkan Kerajaan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY