Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tong Tong

Saintis China ‘Hidupkan’ Tong Tong, Kanak-Kanak AI Pertama Di Dunia

Diterbitkan Februari 5, 2024 ยท Dikemas kini Februari 6, 2024 oleh ariff bukhari

Sekumpulan saintis AI yang berpangkalan di China telah berjaya mencipta entiti AI pertama di dunia. Dinamakan sebagai Tong Tong atau Gadis kecil, AI itu menyerupai seorang kanak-kanak perempuan yang dilengkapi dengan emosi dan intelek.

Dibangunkan oleh Institut Kecerdasan Buatan Am (BIGAI) Beijing, Tong Tong telah pun diperlihatkan di Pameran Sempadan Teknologi Kepintaran Buatan Am yang diadakan di Beijing.

Tong Tong mempamerkan keupayaan lanjutan, menunjukkan kemahiran menyelesaikan masalah dan tugasan autonomi.

Tidak seperti model AI tradisional, Tong Tong direka untuk pembelajaran autonomi, memaparkan emosi seperti kegembiraan, kemarahan, dan kesedihan, sambil secara aktif berusaha untuk memahami akal budi yang diajar manusia dan membentuk masa depan.

Semasa berinteraksi, AI itu menunjukkan kemahiran menyelesaikan masalah, seperti membetulkan bingkai gambar yang bengkok, mencapai tempat tinggi menggunakan alat dan membersihkan susu yang tumpah.

Pembangunan AI ini bermatlamat untuk mencipta entiti AI dengan akal fizikal dan sosial yang sama seperti manusia, mampu memahami dunia sebenar dan mentakrifkan tugas baharu secara autonomi.

Pada pameran itu turut menampilkan Tong Test, platform ujian AI komprehensif yang dibangunkan oleh pasukan Zhu yang mampu menilai lima dimensi: penglihatan, bahasa, kognisi, gerakan dan pembelajaran.

Berkaitan

  • China Bangunkan Bateri Nuklear Dengan Hayat 50 Tahun
  • EV BYD Pada Masa Hadapan Mungkin Akan Dilengkapi Dron
  • Google Maps Hadir Dengan 'AI' Untuk Teroka Tempat Baharu

Sumber: Firstpost, SCMP, BIGAI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY