Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-02-02T120324.380

Google Maps Hadir Dengan ‘AI’ Untuk Teroka Tempat Baharu

Diterbitkan Februari 2, 2024 oleh Muhd Idham

Sebagai pembaharuan kaedah pencarian tempat melalui aplikasi Google Maps, kini pihak Google telah menerapkan satu ciri kecerdasan buatan (AI) yang masih lagi berada pada tahap percubaan di mana ia berkemampuan menyediakan cadangan berdasarkan situasi daripada pengguna.

Berdasarkan contoh video di bawah, ciri ini berkemampuan untuk beri cadangan tempat daripada arahan pengguna yang mencari aktiviti untuk dilakukan pada waktu hujan.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2024/02/google-map-generative-AI.mp4

Selain itu, ia juga dapat dikecilkan kawasan pencariannya kepada aktiviti yang bersesuaian untuk kanak-kanak dan ia mencadangkan aktiviti dalaman seperti taman permainan di pusat beli-belah.

Dalam pada itu, ciri tambahan ini dikatakan telah diterima oleh beberapa individu terpilih yang berkhidmat sebagai Local Guides di sekitar Amerika Syarikat.

Tujuannya adalah sebagai kaedah pengumpulan ulasan dan maklum balas daripada komuniti Google Maps yang akan membantu dalam pembentukan ciri ini sebelum dilancarkan secara rasmi.

Berkaitan

  • Facebook Kini Dah Berusia 20 Tahun
  • Google Bard Akhirnya Boleh Jana Gambar AI
  • Pengguna Tertipu Dengan Scammer, Negara Rugi Lebih RM1.3 Bilion
  • Portal AI Untuk Rakyat Digantung Sementara Waktu

Sumber: Google Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY