Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BYD Dron

EV BYD Pada Masa Hadapan Mungkin Akan Dilengkapi Dron

Diterbitkan Januari 24, 2024 · Dikemas kini Januari 24, 2024 oleh ariff bukhari

Pengeluar EV terbesar dunia, BYD telah menayangkan EV konsep terbaru mereka yang dilengkapi dron.

BYD bekerjasama dengan syarikat teknologi DJI, bagi membangunkan UAS (Sistem Pesawat Tanpa Pemandu) yang dipasang pada kenderaan.

Disepadukan pada ruang dron, ia menampilkan storan pintar, pertukaran bateri dan sistem pengurusan pengecasan terbina.

Menerusi SUV elektrik mewah mereka, YangWang U8, EV itu dilengkapi dengan dron dari DJI model Mavic 3 Pro yang diubah suai yang boleh diterbangkan keluar dan mendarat dari dalam bumbung dengan ciri gelongsor kenderaan tersebut.

BYD U8 with drone and docker pic.twitter.com/W7yyjaFE8M

— 航拍世家 打手 (@DealsDrone) January 16, 2024

Konsep EV dilengkapi dron seperti ini bukanlah asing kerana sebelum ini, iaitu pada tahun 2022 dahulu, pengeluar EV, Polestar pernah menayangkan konsep EV dilengkapi dron pada EV Polestar O2 mereka.

Konsep EV seperti ini mungkin sekadar gimik sahaja ketika ini. Tapi pada masa hadapan, siapa tahu ia akan jadi keperluan penting.

Berkaitan

  • Dapatkan vivo Y27 5G Pada Harga RM299 Dengan Pelan Yes Power 35 RAHMAH
  • Pelan AppleCare+ Tersedia Di Malaysia, Ini Harga Yang Ditawarkan
  • Hanya RM1 Sahaja Untuk Anda Miliki RydeEV Dengan Langgan Pascabayar CelcomDigi

Sumber: Polestar, BYD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY