Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis Beri Amaran, Kanibalisme Mungkin Tidak Dapat Dielakkan

Saintis Beri Amaran, Kanibalisme Mungkin Tidak Dapat Dielakkan

Diterbitkan Januari 3, 2022 oleh Bangman

Kolonis, penduduk atau orang asing yg datang menetap di sesebuah tanah jajahan. Itulah definisi bagi seseorang yang bakal menetap selain di planet bumi. Pakar-pakar telah memberi amaran bahawa mereka yang bakal menetap di angkasa lepas, tidak mustahil untuk menjadi kanibal apabila sumber makanan di angkasa lepas semakin habis.

Sudah bertahun-tahun para saintis dan pakar-pakar sedang mengkaji tentang penempatan para manusia di planet-planet seperti Marikh dan juga di Bulan. Walau bagaimanapun, teori itu masih kurang jelas. Ia juga mungkin akan mengakibatkan kolonis manusia di angkasa lepas mengambil langkah mengerikan, iaitu kanibalisme.

Saintis Beri Amaran, Kanibalisme Mungkin Tidak Dapat Dielakkan

Elon Musk, seorang yang bercita-cita tinggi tetapi tidak mustahil untuk merealisasikannya, telah berjanji untuk membawa manusia ke Planet Merah dalam tempoh 5-10 tahun. Mas Elon juga turut mengatakan bahawa penempatan manusia di planet Marikh juga akan menjadi reailti dalam tempoh 500 juta tahun lagi, apabila planet Bumi sudah menjadi terlalu panas untuk mengekalkan habitat kehidupan.

Namun, tidak mudah untuk menempatkan sesebuah bentuk kehidupan di planet merah itu. Ini disebabkan oleh radiasi dan keadaan cuaca yang melampau.

Saintis Beri Amaran, Kanibalisme Mungkin Tidak Dapat Dielakkan

Di dalam sebuah temuramah akhbar British, Metro, Charles Cockell, profesor astrobiologi di Universiti Edinburgh, dan Dr. Cameron Smith, ahli antropologi di Universiti Portland, turut mengatakan bahawa manusia berkemungkinan untuk memakan satu sama lain, jika tanaman tidak membuahkan hasil di angkasa lepas. Mereka juga turut menyatakan bahawa kebimbangan terbesar para kolonis adalah kehabisan sumber makanan, penyakit, dan masih bergantung kepada sumber-sumber di bumi.

Dua orang saintis tersebut juga berkata bahawa ia adalah sukar bagi manusia untuk menjajah planet-planet di angkasa lepas, kerana ia bersifat tidak boleh didiami.

Walau bagaimanapun, para saintis, pengkaji, dan ahli astronomi masih bertungkus lumus berusaha bagi memastikan penempatan manusia di angkasa lepas setelah bumi tidak lagi mampu untuk bertahan.

Sumber: ScreenRant , Lex Freedman , Metro

Baca juga:

  • Ini Adalah Teleskop Paling Berkuasa Abad Ini, Dihantar Sejauh 1.5 Juta Kilometer Dari Bumi
  • Enjin Roket Ini Dikuasakan Daripada Sisa Buangan Plastik
  • Saintis Dalam Usaha Untuk Berkomunikasi Dengan Ikan Paus Menggunakan AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY