Saintis Bangunkan Teknologi Penglihatan Malam Berwarna Penuh

Seperti semua tahu teknologi kamera malam yang ada ketika ini hanya memaparkan imej malam dalam kualiti yang kurang jelas dan hanya berwarna hitam dan putih sahaja.

Keadaan itu berlaku kerana teknologi kamera malam yang ada ketika ini mengubah inframerah dengan hanya membenarkan imej dipaparkan dalam warna hitam dan putih sahaja.

Tetapi kini saintis dilaporkan sedang membangunkan teknologi kecerdasan buatan (A.I) yang akan membolehkan kamera malam pada masa hadapan memaparkan imej dalam warna penuh.



 

Saintis dari University of California yang sedang membangunkan teknologi itu menjelaskan mereka cuba membangunkan algoritma dengan mengoptimasikan arkitektur pembelajaran mendalam (deep learning) yang mampu meramal spektrum sepertimana manusia melihat cahaya.

Kapsyen: Imej di atas memaparkan pemprosesan imej yang ingin dicapai saintis di mana A.I mampu meramal spektrum jelas dari imej yang dirakam dengan menggunakan inframerah.


Untuk mencapai tujuan itu, penyelidik menggunakan kamera monokromatik yang sensitif kepada cahaya bagi memperoleh set data imej di bawah standad warna merah (604nm), hijau (529 nm), dan biru (447 nm) serta gelombang inframerah 718, 777, and 807 nm.



Saintis percaya, data yang diperoleh daripada penyelidikan berterusan ini akan menyempurnakan sistem yang mahu dibangunkan.

Walaubagaimanapun, projek ini terhad kepada penstrukturan imej berwarna pada wajah manusia sahaja buat masa ini.

Teknologi AI yang dibangunkan ini tidak berupaya mewarnakan sebarang imej tanpa ia dilatih secara berulang pada jenis imej yang sama.

Sumber: plos one, New Scientist

Baca juga: