Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASA Umum Penemuan Kehadiran Air Di Permukaan Bulan

Saintis Australia Dan Israel Sedang Mencari Jalan Menanam Pokok Di Bulan Menjelang 2025

Diterbitkan Oktober 10, 2022 · Dikemas kini Oktober 10, 2022 oleh ariff bukhari

Sekumpulan saintis dari Australia dan Israel dilaporkan sedang berusaha mencari jalan untuk menanam tumbuhan di bulan menjelang 2025.

Penyelidikan itu digerakkan oleh kumpulan yang dikenali sebagai Organisasi Lunaria One.

Salah seorang ahli saintis itu bernama Brett Williams, ahli biologi tumbuhan dari Universiti Teknologi Queensland berkata, benih tumbuhan itu akan dibawa oleh kapal angkasa Beresheet 2 iaitu misi persendirian Bulan oleh Israel.

Beliau berkata, jenis tumbuhan yang akan dipilih adalah berdasarkan seberapa baik ia mampu menghadapi keadaan yang melampau dan seberapa cepat pula ia bercambah.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Ahli biologi itu menerangkan, selepas mendarat di atas permukaan Bulan, tumbuhan itu akan disiram di dalam ruang tertutup dan dipantau untuk tanda-tanda percambahan dan pertumbuhan.

“Projek itu adalah langkah awal ke arah menanam tumbuhan untuk pengeluaran makanan, ubat dan oksigen, yang semuanya penting untuk mewujudkan kehidupan manusia di bulan,” kata penyelidik dalam satu kenyataan.

Profesor Madya Caitlin Byrt dari Universiti Nasional Australia di Canberra  berkata, penyelidikan itu juga relevan dengan kebimbangan keselamatan makanan yang didorong oleh perubahan iklim.

“Jika anda boleh mencipta sistem untuk menanam tumbuhan di Bulan, maka anda boleh mencipta sistem untuk menanam makanan dalam beberapa persekitaran yang paling mencabar di Bumi,” kata Byrt dalam satu kenyataan.

Sumber: Phys

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY