Sah, MIUI 13 Akan Dilancarkan Esok Bersama Xiaomi 12

MIUI13 kini telah disahkan bahawa ia akan dirasmikan bersama Xiaomi 12 esok, 28 Disember 2021. Naib Presiden Xiaomi, Chang Cheng telah mengesahkannya dan mengatakan bahawa MIUI13 akan membawa banyak perubahan.



Sebelum ini, syarikat tersebut ada membuat tinjauan kepada pengguna dengan bertanyakan apakah aspek yang perlu ditambah baik pada MIUI13. Rata-rata jawapan pengguna adalah mereka mahukan pengalaman guna yang lebih lancar.

Tahun ini, Xiaomi telah membuat kelainan dengan mengeluarkan semula MIUI12 yang ditambah baik iaitu MIUI12.5 Enhanced Edition untuk mereka menumpukan penambahbaikan pada MIUI13.

Oleh itu, Xiaomi menjanjikan bahawa MIUI13 ini akan memberikan kelajuan sistem yang lebih pantas daripada 20% kepada 26%. Jika dibandingkan dengan MIUI12.5 Enhanced Edition dan aplikasi lain pula, ditambah baikĀ  dari 15% kepada 52%.



MIUI13 ini akan didatangkan bersama Xiaomi 12 dan berasaskan Android 12. Dikatakan bahawa MIUI13 akan dilepaskan di China selepas pelancaran Xiaomi 12. Bagi Versi Global pula mungkin akan dilepaskan pada bulan berikutnya.

Sumber: Giz China

Baca juga: